MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Selasa, 9 Jun 2015

AKU DAN EKO-PARK


Setiap pagi selepas subuh aku meredah kabus ke tempat kerja


Bila tiba ke tempat kerjaku, aliran air yang jernih menyambutku


Desiran air tiada jemu "menyanyikan" lagu untuk ku sepanjang masa


Nyanyian air ini juga jadi terapiku sepanjang masa


Segala yang bersarang di mindaku, terlerai dengan lagu dendangannya


Bila membasahku, tubuhku segar diberikan semangat baru setiapku selami


Bila ilham mendatang, ku berlari masuk ke bilik ini menulis


Bila kepanasan, kelenguhan, kebosanan, kesepian.....aku terjun sekian kalinya


Anak-anak kampung sentiasa menemaniku disini memecah sunyi


Bila kesejukan, aku duduk diatas batu memandang indahnya seni khazanah


Kepelbagaian seni ada disini


Mengubat hati yang sepi


Bila turunnya hujan, warnanya coklat adunan khazanah tak ternilai


Terjunnya bagai gendang dipalu, mendendang irama tampa bertema



Fitrah alam umpama insan, yang hidup pastinya mati


Iklim micro kulat bersemai


Akar umbi kekuatan umat


Jika takutkan pohon, jangan berpejabat ditepi hutan
Jika takutkan ombak, jangan berumah ditepi pantai
Jika bertaut gundah gulana, aku lambaikan tangan
Jika tak takut, datang kesini kita masuk hutan


Bila senja mengamit, aku pun pulang 

LAWATAN BIODIVERSITI DARI UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA SERDANG


Pada 23 Mei 2015 Sabtu seramai 28 siswa siswi UPM dipimpin olih Prof. Madya Latifah Abd Manaf dan dibantu En. Farhan mengadakan lawatan ke Hutan Lipur Lata Jarum untuk menjalankan expidisi biodiversiti. Ketibaan disambut olih kakitangan jabatan perhutanan daerah Raub di ketuai olih Renjer Najid Shauqi (Pejabat Renjer Hutan Raub) dan Renjer Mokhtar (Pejabat Silvikulture Pahang Barat Raub).



Setelah menyambut ketibaan, diberikan taklimat olih Renjer Najid Shauqi.



Setelah diberikan taklimat sesi bergambar diadakan sebagai kenangan.


XPDC terus dijalankan dimulai dengan bacaan doa selamat olih siswa UPM.



Jurupandu XPDC dari jabatan perhutanan olih aku sendiri dengan memberi sedikit pengisian sepanjang denai yang dilalui.


Pengisian seperti mengenal beberapa spesis secara asas seperti mengenal spesis tualang (koompassia excelsa)






Tampa dijangka, dipenghujung denai ditemui bunga pakma berkembang yang mana memberi keterujaan pada peserta XPDC yang memang ingin melihat secara dekat bunga terbesar di dunia tersebut berkembang.


XPDC biodiversiti tamat dan berlepas pulang ke UPM Serdang jam 5 petang. Moga semuanya mendapat sedikit manfaat dan kepuasan hati dengan XPDC tersebut dan harapan kalian semua datang lagi. Jutaan terima kasih diucapkan memilih Lata Jarum. Segala kelemahan dari aku, dan segala yang baik dari Allah SWT..
ASSALAMUALAIKUM.

PERJUMPAAN BERSAMA PENGUSAHA PELANCONGAN

Pada 18 Mei 2015 Isnin satu perjumpaan bersama pengusaha pelancongan di kawasan Hulu Dong Raub khususnya telah diadakan di Hutan Lipur Lata Jarum Hulu Dong bagi membincangan pelbagai perkara yang berbangkit.


Perjumpaan tersebut telah di hostkan olih Penolong Pengarah Silvikulture Pahang Barat Cik Nurul, Pegawai Hutan Daerah Raub En. Shukri Aliff, Renjer Hutan En. Najid Shauqi, Renjer Hutan Mokhtar, kakitangan eco-park Lata Jarum. 


Perbincangan berkisar mengenai kepentingan pemeliharaan dan pemeliharaan eko-park Lata Jarum berkaitan kemasukan pelancong tampa mengikut peraturan yang sedia ada dari jabatan perhutanan. Lain-lain perbincangan seperti menyentuh isu autoriti kawasan hutan lipur yang terletak dalam kawasan hutan simpan, sampah sarap, kemudahan hutan lipur, kakitangan bertugas, vandalism, jenayah dan pemandu pelancong alam semulajadi berlesen yang mana perkara tersebut sangat diberi perhatian olih jabatan perhutanan masakini.

Moga, perjumpaan seumpama ini mungkin akan diadakan lagi seperti dikatakan olih Pegawai Hutan Daerah Raub En. Shukri dimasa-masa akan datang untuk membincangkan dari masa kesemasa bagi kesepaduan dan kerjasama pihak swasta bersama jabatan perhutanan bagi membangunkan industri pelancongan berasaskan eko-sistem yang sedia ada di kawasan Hulu Dong khususnya yang sangat kaya dengan khazanah biodiversitinya seperti yang sudah diketahui umum spesis bunga pakma (Rafflesia) yang banyak melata di kawasan Hulu Dong.

Ahad, 19 April 2015

TAMAN NEGARA BIRD COUNT 2015


Alhamdulillah, dengan izin Allah SWT dapat juga menghadirkan diri dalam program memburung (Bird Count) yang dianjurkan Persatuan Pengusaha Pelancong Taman Negara Jerantut Pahang dengan kerjasama Kementerian Pelancongan & Kebudayaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia Serdang, UiTM Shah Alam, Polysas Kuantan, Jabatan Perhilitan, Malaysian Nature Society


Pada 18 Sabtu, jam 4.00 petang pendaftaran peserta dijalankan pihak urusetia dan sebelah malam dia diadakan taklimat program olih pihak Tourism Malaysia, UiTM Shah Alam, UPM Serdang hingga jam 11.00 malam.


Penginapan peserta ditempatkan dipelbagai lokasi sementara aku membuat pilihan menginap di sebuah sekolah yang dicadangkan penganjur sejauh 5Km dari dataran Kuala Tahan yang mana agak jauh sedikit namun tidak menjadi masaalah.


Pada 19 Ahad aktiviti program bermula dengan berkumpul semua peserta jam 6.30 pagi lagi dan terus bersarapan pagi. Jam 7.00 pagi peserta bergerak ke lokasi mengikut kumpulan sementara aku bergerak ke lubuk Simpon tidak jauh dari belakang resort Taman Negara.


Sekali bah, sekali berubah. Begitulah pepatah orang dulu-dulu dimana dimaksudkan pada keadaan sungai Taman Negara khususnya di Lubuk Simpon yang ketara sekali perubahannya selepas bah December 2014.




Seperti dijadualkan, program di selesai dengan acara majlis penutup yang dilaksanakan Tuan Haji Idros Pengarah Pelancongan Pahang dan akhir penutup dengan gimik pelancaran logo program Bird Count 2015 yang mana akan diguna pakai dimasa akan datang. Program pertama yang lepas dihadiri 70 peserta manakala kali ini dihadiri 280 peserta dengan begitu cemerlang lagi terbilang sampai terpukang.


Dengan sambutan yang melebihi 100% tahun ini mungkin pihak penganjur akan melangkah lebih jauh lagi menganjurkan program tersebut dengan lebih baik lagi. Diucapkan jutaan terima kasih dan tahniah pada sahabat saya En. Jalil Rahman selaku pengerusi program yang bukan saja berjaya mengerakkan program namun kejayaan anak buah beliau menjalankan tugas bertungkus lumus mengaturkan gerak kerja yang cemerlang.



Apa yang menarik perhatian aku ialah dengan yuran sebanyak RM40.00 dikenakan pada setiap peserta, pihak Kementerian Pelancongan Pahang mengiktiraf 4 sijil CTRE yang sangat bermanfaat pada pemandu pelancong alam semulajadi setempat yang mana pada pemandu pelancong yang telah luput tarikh lesen Tour Guide dapat membaharui lesen mereka. Disamping itu juga, pemberian T-shirt yang menarik sangat bermotivasi pada setiap peserta untuk memakainya.


Selesai program diadakan jamuan tengahari di masjid Kuala Tahan dan peserta bersurai balik termasuk berlepas balik seorang diri mengikuti jalan Jerantut terus ke Benta dan selamat sampai ke kediaman. Bulan jun nanti Bird Race pulak di Bukit Fraser. Bolih lah sesiapa nak join pulak nanti.