MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Jumaat, 11 November 2011

KULAT YANG BERACUN DI LATA JARUM

 Kulat merupakan salah satu spesies beracun. Walau bagaimana pun, ada juga kulat yang boleh dimakan atau dijadikan herba. Seperti yang boleh dimakan kulat sisir yang tumbuh pada kelazimannya terdapat pada batang getah yang telah ditebang atau dipotong potong dipinggiran kampung. Sementara kulat yang dijadi jadikan ubat ubatan seperti kulat susu harimau yang kelazimannya terdapat dikawasan hutan yang terdapat hidupan harimau.
 Kulat spesies yang dipaparkan ini ditemui dibawah 'chalet' ini dengan tidak disangka sangka.
 Jarang ditemui kulat yang sebegini, kerana didapati kulat ini seperti sumbing kejadiannya. Kelazimannya kalau sumbing atau cacat disebabkan diganggu oleh serangga atau sesuatu yang menimpanya.
PERANAN KULAT YANG TIDAK PERNAH DIPEDULIKAN SESIAPA PADA EKO-SISTEM HUTAN

MEMORY 11.11.11

 Minat dan penantian pada tarikh tertentu sudah menular dalam jiwa ramai orang. Apakah menjadi kesalahan atau satu dosa pada minat yang sedemikian. Mungkin yang mengaji agama lebeh arif untuk menjawabnya.

Apa pun bagi aku yang duduk menjalankan tugas saban hari bertahun tahun dalam hutan, tidak mengesahkan apa apa makna pada sesuatu tarikh atau hari kadang kalanya.
Maksud aku, tidak menjadi kepercayaan atau tuah pada sesuatu tarikh dan hari. Segala galanya ketentuan Allah jua.

Bagaimana pun hari ini seperti tarikh yang aku paparkan cuma kebetulan terdapat bunga pakma berkembang dan aku berkongsi bersama sama rakan untuk 'meraikan' perkembangan bunga tersebut. Itu saja dan tidak lebeh dari itu.

Sudah beberapa bulan aku tidak melihat bunga pakma berkembang. Kini, tiba tiba satu hari yang sangat gembira buat aku bila dapat kembali melihat bunga tersebut berkembang lagi dikawasan aku pelihara.

 Tuah....tertera pada belakang baju, dan memang bertuah sungguh hari ini rasanya dapat menyaksikan sesuatu yang sukar ditemui.

Apakah selepas ini masih ada lagi bunga pakma berkembang untuk dilihat dengan mata semdiri.

Insya'allah....jika di izinkan Allah s.w.t masih banyak spesies ini boleh dilihat dilain hari.
 En. Hassan dan isteri serta rakan rakan seperjuangan dalam minat yang mendalam pada hutan aku jemput berkongsi 'meraikan' kembangnya bunga pakma walau pun hari dah lewat petang.

Aku tidak sempat untuk menjemput lain-lain rakan yang sama meminati alam hutan yang dianugerahkan Allah s.w.t

Mungkin masih ada hari lagi untuk bersama-sama yang lain untuk ini semua.
 Sempat juga aku bergambar dengan rakan-rakanku yang seperjuangan untuk dijadikan kenangan yang abadi.

Dari tiada apa yang dapat aku abadikan dalam hari ini, bertuah juga aku dapat melakukan sesuatu pada tarikh 11.11.11 dan pada hari jumaat pula, iaitu penghulu segala hari.

Syukur alhamdulillah kehadrat Allah s.w.t dengan kurnianya hari ini mempunyai kenangan yang tersendiri buat aku dan rakan-rakan seperjuangan.
   
Teruja dan gembira tiada terkata dapat menyaksikan bunga pakma berkembang.
 En. Hassan seperti tidak percaya dapat melihat bunga pakma berkembang dihadapan matanya sendiri.

Memang beliau mengetahui banyaknya populasi spesies ini di serata tempat seperti di Pahang, Kelantan, Perak dan Kedah.

Tapi untuk jumpa yang kembang amatlah sukar kecuali bertuah sangat.



 En. Hassan dan isteri teruja pada hari ini dapat melihat bunga pakma berkembang.

Mungkin beliau bersama-sama isteri serta rakan-rakan seperjuangannya akan mengajak insan-insan lain untuk bersama menyaksikan spesies ini untuk dijadikan peristiwa yang istimewa.
ADAKAH MASIH ADA LAGI BUNGA PAKMA BERKEMBANG ???
YA, MASIH ADA JIKA BERTANYA......