MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Khamis, 26 April 2012

ADAKAH KITA MASIH MUDAH MENCARI KAWASAN RIADAH SECANTIK INI LAGI ???

 Mana lagi nak cari kawasan sebegini kalau tidak nun jauh di belantara
 Yakin sekali, kawasan seperti ini masih terdapat di Malaysia negara tercinta nan terindah. Namun kawasan yang seperti ini mungkin jauh kedalam hutan belantara yang masih belum diterokai orang atau pun ada yang menjumpainya, tapi hanya mendiamkan diri untuk pemeliharaan kawasan tersebut. Maklumlah diwaktu kini sudah terlalu ramai yang mencari kawasan sebegini untuk diterokai dengan pelbagai tujuan seperti ingin mendirikan resort untuk perniagaan berasaskan pelancongan, bertujuan riadah berkumpulan dengan aktiviti mencari ikan dan memburu, menjalankan upacara pemujaan mendapatkan nombor ekor dan pelbagai bagai lagi yan mana akhirnya akan mencemarkan kawasan yang seindah ini.

IMEJ & KEBAJIKAN WARGA PERHUTANAN

 Motorsikal sebegini banyak digunakan olih PDRM dan juga Bomba Penyelamat Malaysia bagi keperluan tugasan yang dijalankan setiap masa khususnya dalam bidang penguatkuasaan. Jabatan Perhutanan dari hingga kini masih menggunakan Land Rover sahaja dalam kerja-kerja penguatkuasaan. Pada satu ketika dulu, pernah sekejap menggunakan helikopter dan beberapa ketika dihentikan. Perkembangan menambah baik jentera penguatkuasa walau pun pencerobohan yang begitu hebat dipaparkan di media masih belum mendapat respon yang baik dari pegawai atasan. Jika penggunaan motorsikal berkuasa besar sebagai menambah jentera rondaan di sekitar lebuhraya utama dan scrambler di dalam kawasan hutan setiap masa ada kemungkinan pencerobohan hutan dibenteras 100%. Secara tidak langsung imej jabatan itu sendiri akan meningkat dengan lebih baik seperti yang dikehendaki jabatn itu sendiri. Penambahan kakitangan juga mungkin dapat dilakukan dengan penubuhan unit rondaan bermotorsikal berkuasa besar ini serta imej penguatkuasaan itu sendiri dari selalu diperkatakan orang ramai secara negatif.

 Kelaziman warga perhutanan memasuki hutan menaiki Land Rover Defender 110 dengan muatan barangan bekalan sekali. Walau pun berkeadaan bersasak sasak dengan barangan bekalan keperluan masuk hutan seperti bekalan makanan dan peralatan sendiri, mereka terus mendiamkan diri walau pun adakalanya bersungut dengan kesukaran tersebut. Tiada siapa yang ingin mencadangkan satu penambah baikan dalam kemudahan yang banyak wujud sekarang untuk keselesaan warga hutan yang masa memasuki hutan. Jika kenderaan seperti diatas dapat diadakan, sudah tentu menjamin sedikit keselesaan dengan segala kemudahan yang ada seperti tersebut tampa lagi mencari kongsi tinggalan pembalak, rumah sewa, mendirikan tapak perkhemahan yang mengorbankan kayu kayu kecil untuk mendirikan khemah.
Khemah yang sdia ada dibekalkan pada warga perhutanan adalah seperti biasa seperti sesiapa lihat dikawasan perkhemahan dimana-mana dan ada masih menggunakan khemah layang. Walau apa pun bentuk khemah yang dibekalkan, tiada siapa yang membantah pada pihak pengurusan atau sesiapanya. Hingga sekarang masih dengan cara khemah layang dan diduduki beberapa orang menggunakan strecher disorong kayu. Untuk mendirikan khemah layang pun memerlukan kayu kayu sebesar lengan yang agak banyak. Jika jenis khemah seperti gambar diatas, ada kemungkinan dapat sedikit keselesaan dan keselamatan dari serangan haiwan haiwan liar seperti ular, babi hutan, harimau dan sebagainya. Apa pun mungkin bekalan khemah seperti gambar diatas tidak terdapat disini.

Selasa, 24 April 2012

UiTM PUNCAK ALAM SELANGOR


 Seramai 80 pelajar serta pensyarah pengiring mengadakan program perkhemahan bencana alam di Lata Jarum di bawah persatuan bulan sabit merah. Program dikendalikan kalangan peserta perkhemahan tersebut serta pensyarah dan alumni. Aktiviti yang berkonsepkan bencana alam dijalankan penuh didikasi dan disiplin yang tinggi.



 Aktiviti jungle trekking dan river trekking dengan bantuan kakitangan jabatan perhutanan dari unit hutan lipur Lata Jarum menerapkan nilai-nilai kerja berpasukan serta displin yang tinggi dalam kontek bantuan bencana alam melalui kawasan hutan yang sukar sudah tentulah memberi cabaran pada peserta.
Kehijauan menggarap ria
 Walau bagaimana pun kesukarannya melalui kawasan hutan yang begitu mencabar masih berkesempatan bergembira memberi posing yang harapannya memberi kenangan dan nostalgia berpanjangan.
Duri dan ranjau di cabari melangkaui sungai memanjat batu batan tidak mematahkan semangat juang dalam misi membantu insan yang takdir dalam bencana. Namun ada peserta yang kecundang tidak direncana menghampiri bencana. Habis nak macam mana....

KEMBANGAN TERAKHIR....???

 Pelajar yang mengikuti pengajian master di UKM yang sudah dua tahun empat bulan menjalankan kajian serangga bunga pakma seringkali ke Lata Jarum dan bermalam untuk menyelesaikan pengajiannya. Walau pun kajiannya hanya pada serangga bunga pakma, secara tidak langsung segala perkembangan bunga tersebut telah direkodkan sepenuhnya.
 Bunga pakma yang berkembang pada bulan Mac 2012 ini tidaklah merekodkan kebesarannya yang luar biasa. Setelah ditemui kebesaran bunga yang paling besar belum pernah direkodkan di Lata Jarum atau di Semenanjung Malaysia pada tahun 2009 dengan kebesarannya 97cm atau 27 inci, belum lagi sehingga kini dapat menandingi rekod tersebut di Lata Jarum. Kebesaran dengan ukuran 22-23 inci adalah biasa dan malah kecil dari itu.
Spesies keluarga halia ini turut berkembang semasa bunga pakma diatas berkembang mekar. Kedudukan spesies tepus liar ini secara kebetulan ditemui berhampiran bunga pakma diatas berkembang. Adakah spesies ada hubung kait dengan bunga pakma berkembang kerana semasa banyak bunga pakma berkembang spesies ini juga akan mengeluarkan bunga dan berkembang sama.