MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 15 Julai 2013

PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI PADA LORI BALAK


Setiap masa orang ramai melihat lori balak diatas jalanraya dengan gaya muatannya tersendiri dan ada ketikanya amat membimbangkan pengguna - pengguna jalanraya yang lain. Walau pun begitu, perangkaan dan penyumbang kemalangan di jalanraya menunjukkan hampir tiada dari lori balak.

Kebanyakan pemandu lori balak adalah sangat berpengalaman dan sangat kurang sekali yang masih baru disebabkan kerjaya memandu lori balak bukanlah satu kerjaya yang diambil ringan.

Pemandunya terdiri dari pelbagai kaum dan satu ketika dulu era 80an dimonopoli oleh kaum cina sebegitu lama dan sangat sedikit dari kaum melayu dan india. Namun keadaan sudah berubah, dimasakini sudah banyak dari kaum melayu dan cina. Walau bagaimana pun agak sukar mendapatkan perangkaan sebenar kaum pemandu lori balak disebabkan beberapa faktor yang saya lihat seperti : 

1. Lori selalu bertukar tangan (jual beli/sewa) - pemandu tidak tetap dan bergantung pada pemilik dari pelbagai kaum.
2. Meninggal dunia - pemandu diganti tidak mengira kaum oleh pemilik
3. Pemilik syarikat Industri perkayuan - pemandu tidak tetap dan tidak terbatas pada sesuatu kaum oleh pengurusan syarikat.

Mungkin perangkaan lori balak boleh didapati di Jabatan Pengangkutan Jalanraya, namun pemandunya bergantung pada yang berkelayakan dengan memiliki lesen pemanduan kelas E serta GDL yang mana sesiapa memiliki lesen tersebut layak memandu apa sahaja jenis lori perdagangan, maka jika ada pun data pemandu lori balak tidaklah berapa tepat. Kebanyakkan pemilik lori balak tidak memandunya sendiri dan mengupahkan orang lain memandunya.

Setiap badan lori ada terdapat catatan beberapa maklumat lori seperti surat beranak. Apa yang perlu dilihat adalah berat tampa muatan (BTM) dan berat dalam muatan (BDM). Yang lain-lain tu taklah begitu penting sangat sebab itu bidang kerja JPJ dan Puspakom.

Lazimnya lori balak kebiasaannya panjang trailer/gandar sepanjang 22 kaki namun kini telah ada pelbagai ukuran panjang yang boleh dipohon pada pihak JPJ.
Jika pegawai pemeriksaan hasil perhutanan yang berpengalaman akan mengukur panjang trailer untuk memudahkan mengetahui panjang balak yang dibawa untuk memudahkan pengiraan percukaian yang dikutip.

Untuk mengetahui sesebuah lori membawa muatan yang berlebehan amat mudah kalau dilihat pada catatan jumlah berat dalam muatan pada beberapa tempat dibadan lori dan mengetahui sedikit prosedur muatan yang ditentukan mengikut perundangan.

Umpamanya, balak tidak boleh panjang melebehi ekor trailer. Tidak boleh melebehi sisi kanan dan kiri dan lazimnya sudah menggunakan pasung besi padu untuk menampan dari melebehi sisi trailer. Ketinggian pula tidak melebehi batang ekzos yang terpacak di kepala lori balak. Tapi adakalanya tersangat tinggi muatan yang dibawa dan agak pelek apabila dilihat melalui kawasan bandar yang sibuk dengan tiada apa-apa tindakan daripada pihak penguatkuasaan.

Suatu ketika dulu, pernah diberi kuasa oleh kerajaan negeri mengenai mengawal had muatan lori balak di Balai Pemeriksaan Hutan dan banyak keberkesanannya. Namuan beberapa ketika kemudia ditarik balik peraturan tersebut menyebabkan pemandu lori boleh membawa muatan ikut suka hati disebabkan lagi berat lagi banyak upahnya. Pemandu lori balak mengambil upah dengan kiraan berat Tan serta trip pindahan kayu balak ke destinasi, lagi jauh lagi besar upahnya.










Tiada ulasan: