MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Sabtu, 8 Januari 2011

NAK BUAT DUIT DI LATA JARUM.....???

Dari bermulanya pembangunan Lata Jarum, pelbagai pihak sangat berminat untuk bertapak untuk menjalan perniagaan berasaskan alam sekitar.

Bermula dari JKKK dan terus ke swasta, namun tiada diketahui sebabnya menemui kegagalan.

Kini, setelah aku berada disini dari 2008, pelbagai pihak masih datang dan datang bertujuan untuk bertapak disini. Namun semuanya senyap begitu saja.

Memang tidak dapat dinafikan kawasan berhutan di Lata Jarum amat diminati oleh orang ramai, terutama dari bandaraya. Namun begitu, ramai juga dari penduduk penduduk kampung yang datang beriadah.

Melihat kegilaan ramai orang meminati perniagaan alam sekitar ni, aku mencuba melakukan dengan pengalaman yang ada mengenai hutan. Untuk permulaannya, aku menjemput beberapa kenalan untuk bersama melakukan aktiviti aktiviti hutan yang pelbagai sepertimana pihak lain telah lakukan.

Ya, memang ramai orang meminati aktiviti hutan ini. Mengenai bayaran, ada yang kisah sangat dan ada yang tak berkira sangat. Apa pun aku ada harganya. Mahal pun tidak, murah sangat pun tidak.

Setelah lebeh dari setahun aku buat duit dengan aktiviti2 hutan ini, aku mencuba mengembangkan pasaran dengan mejemput beberapa kenalan untuk melaksanakan. Wow, perkembangannya sangat baik.

Tapi, setelah berjalan sekali dua, aku nampak cepat sesuatu yang tak kena. Aku terpaksa memutuskan cepat untuk terus atau berhenti. Akhirnya aku putuskan untuk berhenti. Terus atau sekejap terpulang pada keadaan.

Dalam pada itu, aku ada banyak alternatif lain untuk jalankan aktiviti seumpama ini di merata tempat. Kini aku masih jalankan secara bersendirian semula. Tentang pembantu, memang ramai yang mahu kalau upahnya bagus....hahaha.....tapi tokey mesti untung.....hahaha

Khamis, 6 Januari 2011

MARI BERMALAM DI HUTAN

 Bila tengah malam, ditambah dengan hujan pulak, memanglah amat menyejukkan dalam hutan bana.

Ada kala memang tak boleh nak tidur akibat terlalu sejuk walau pun ada sleeping bag.

Kalau waktu kering, bolehlah juga hidupkan api untuk panaskan badan.
Berkhemah dihutan bagi yang berminat amatlah menyeronokan, tambah pula jika beramai ramai.

Waktu malam jika tiada sleeping bag atau blanket mungkin tak dapat tidur dgn selesa akibat kesejukan.

Jadi jangan lupa kalau bermalam dihutan bawalah sleeping bag utk memanaskan badan.


Ni apa hal pulak....

Kalau letih atau mengantuk sangat, jangan tidur merata rata dalam hutan macam gini pulak.

Maklumlah, dalam hutan ni kekadang ada ular, lipan dan macam macam benda yang berbisa.

Itulah sebab kalau sebaiknya berkhemah pakai khemah kone yang ade silang besi tu. Bila kita didalam atau tak gunapun, zipkan atau tutup rapat rapat supaya segala benda tak dapat masuk.

HUJAN LEBAT MASIH LAGI

Pada ketika ini, hujan lebat masih berterusan dan membesarkan air sungai. Namun begitu masih ramai juga pengunjung tak kesah dengan keadaan air sungai yang begitu.

Ini adalah gambaran air terjun Lata Jarum bila hujan di hulu sungai nun jauh di hutan.

Awas, kepala air boleh membunuh anda. Kedatangannya tidak beramaran.

Isnin, 3 Januari 2011

TAMAN FLORA GUNUNG CAMERON HIGHLANDS TERABAI

Taman flora gunung yang pertama di Semenanjung Malaysia diwujudkan di Parit Fall Cameron Highlands (ChIMP) dengan usahasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan FRIM bagi tujuan sebagai pusat konservasi flora gunung dari ancaman kepupusan.

Disamping itu juga dapat dimanfaatkan bagi keperluan eko-pelancongan, pendidikan alam sekitar, rekreasi serta sebagai pusat penyelidikan flora gunung.

Kawasan seluas 1.29 haktar dan terdiri dari 2 buah zon yang berada di paras ketinggian paras laut 1,420 m hingga 1,480 m. Terletak berhampiran Pejabat Hutan Kecil Cameron Highlands di Sg. Pauh.

Perancangan menubuhkan taman konservatori ini bermula pada tahun 2003 dan pelaksanaan taman dibuat pada 2007.

Sempena dengan kewujudan taman tersebut satu XPDC telah disempurnakan bagi bertujuan memperkenalkan taman konservatori tersebut pada penghujung tahun 2007 dengan nama XPDC Cameron Highlands.

Namun setelah dari XPDC tersebut hanya beberapa ketika penyelenggaraan dilakukan pihak jabatan perhutanan Cameron Highlands. Selepas itu diambil alih oleh kakitangan Unit Pembangunan Pahang Barat.

Kini setelah 3 tahun kewujudan taman tersebut dengan dilengkapi struktur asas tumbuhan spesies gunung dengan nilai hampir jutaan ringgit telah hampir terbiar. Terdapat kerosakan pada kaunter dengan cermin pecah serta tumbuhan yang dibawa dari pelbagai tanah tinggi yang ditanam telah banyak mati dan ditenggelami oleh semak samun.