MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Ahad, 2 Jun 2013

YANG MUNGKIN DIJUMPAI BILA DALAM HUTAN

 Boleh mandi dengan sepuasnya, namua awas dengan kepala air

 Salak nangka bila masak ranum akan berbau dari jauh lagi seperti bau nangka dan carilah untuk makanan yang paling sedap dan mengenyangkan

Ular paling bahaya didalam hutan terutama spesies tedung selar yang boleh dibuat janji.

 Spesies keluarga halia yang tumbuh menumpang pada pokok lazimnya. Jangan makan kalau tak yakin. Dalam batangnya ada empulur yang sangat lebut

 Kalau betul-betul hutan simpan tiada nyamuk. Kalau ada mesti sesuatu yang tak kena disitu seperti ada penghuni atau lazim didatangi manusia

Ikut kajian, harimau tua suka menyerang sebab lapar berbanding yang muda sebab seringkali mendapat makanan. Namun positifnya harimau atau haiwan liar tak suka bersua dengan manusia. Kenal pasti bunyi ngaumannya, batuknya yang kuat dan baunya kalau berhampiran anda.

 Mungkin jumpa pembunuhan kalau nasib tak baik. Maklumlah dunia hari ini. Namun jika ada telipon yang masih segar baterinya, hubungi pihak berkuasa kalau ada line atau rakam gambar jika dapat. Kalau tak boleh apa pun...ikut kau lah

 Beruk tunggal sangat jahat. Jangan ganggu dia kalau jumpa atau nampak. Itu aje nasihat boleh beri. Beruk tunggal ni bersendirian dan sangat besar. Besarnya boleh melebehi seorang manusia biasa.

 Jika jumpa kawasan air terjun ada gua dibawahnya jangan berani nak masuk. Tapi kalau berani apa salahnya. Pernah dengar kisah kalau gajah nak mati dia akan cari gua dibawah air terjun untuk bersemadi. Mana tau nasib dengan keberanian anada boleh jumpa gading gajah bertimbun timbun. Kaya kau....tapi kalau bawak keluar kena tangkap, naya kau...

Gajah kalau tak jahat akan berbunyi dengan kerapkalinya. Jangan ganggu dia dan cakap besar dengan dia. Kalau nak mampus buat lah...Gajah boleh dibuat janji...nak cuba buatlah nanti....atau pun dipanggil atau diseru supaya datang...bolehlah kalau nak cuba dalam hutan mana-mana tempat banyak gajah.

Keluarga halia (Tepus hutan) Jangan makan kalau tak yakin. Dalam batangnya ada empulur yang lembut dan sedap kalau gemar.

Katak banyak dalam hutan terutama kawasan berpaya atau sungai. Kalau lapar sangat pilih-pilihlah mana yang sesuai atau yang dapat dan panggang secukup rasa.

Buah keranji ni atas pokok yang tinggi. Mana ada rendah kecuali gugur atas tanah disebabkan haiwan yang menjatuhkan. Makanlah sepuasnya tapi tak mengenyangkan perut. Silap-silap cirit birit kalau makan banyak sangat. Sesuai sebagai pemanis mulut jer.

Kulat ni tak payah cerita dah tentu beracun giler. Cuma cantik ditengok jer.

Kulat yang mengeluarkan cahaya diwaktu malam memang ada dalam hutan kita. Jangan makan walau apa sekali pun. Nak mampus boleh lah cuba sebakul dua....

Kundang rumania memang terdapat dalam hutan kita. Kalau terjumpa dan agak-agak boleh panjat, ambil lah untuk makan sampai kenyang. Masam-masam manis rasanya. Sedap giler kalau yang gemar. Beza yang kampung bulat dan hutan ialah bujur macam bola ragbi.

Mengkubung ni spesies boleh terbang. Pakaian penerjun payung sekarang dah banyak guna kaedah dia ni. Kalau nak buat makanan pun sedap kalau kena masaknya. Kalau terdesaklah...kalau saja-saja ajer tak bertanggungjawab la aku.

Ular...hati-hati lah dalam hutan

Pacat ada ditempat-tempat tertentu dalam hutan. Lazimnya kalau lepas hujan sangat banyak. Sehingga kini belum membunuh.

Mungkin nasib anda baik kalau jumpa bangkai kapalterbang lama. Banyak juga maklumat aku terima dari para pencinta hutan berjumpa kapalterbang zaman perang dunia kedua dulu dalam hutan Malaysia. Antaranya di Perak dan di Kelantan menurut kawan-kawan yang ada maklumat tersebut. Landasan kapalterbang, landasan keretapi serta gerabak pun ada ditemui dalam hutan tebal Malaysia yang masih belum dibawa keluar atau dijadikan kawasan eko-tourism...memang ada dan ramai yang tau perkara ini tapi tidak berbuat apa-apa.



Kalau jumpa buat tak tau aje lah...dah semulajadi begitu...tanda kebesaran Allah S.W.T
Tumbuhan pun ada jantan betinanya.

Ini spesies kektus. Tak jamin la jumpa dalam hutan tropika Malaysia. Kalau jumpa ada sesuatu tak kena la tu.

 Rama-rama ini dulunya banyak namun sekarang dah sush nak jumpa. Dulu 20-30 tahun lepas banyak dikawasan tanah tinggi dan juga kawasan rendah. Sepuluh tahun lepas selalu ada dalam rumah aku.dan kini dah 3-4 tahun tak jumpa.

Rambai hutan...kalau jumpa jangan tanya lah

Hai-hati dengan laba beruk yang agak besar. Lazimnya dalam lubang tanah tepian bukit.
Kalau mengigit boleh pengsan atau bawa maut terus. 

Periksa dulu sebelum mandi manda kalau baru pertama kali. Kadang-kadang banyak ular sawa rendam dalam air tersebut. Aku dah pernah kena.

Biasalah kalau jumpa rumah atas pokok. Kalau tak orang asli dah tentu pemburu haram jadah yang buat untuk  mengendap rusa, kijang dan sebagainya. Sekarang apa binatang pun ada harga. Kalau kelah - sisiknya, tenggiling - sisiknya, harimau - semuanya, gajah - gadingnya, tokek - air liurnya, burung - air liurnya, dan macam-macam lagi

Kalau jumpa yang ini...itu pandai-pandai sendiri lah...aku tak nak campur

Tiada ulasan: