MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Jumaat, 24 Jun 2011

PEGAWAI PEGAWAI PELANCONGAN KE LATA JARUM

 Vincenza Andreini adalah agen pelancongan Malaysia di Itali bersama keluarga melawat Lata Jarum sehari. Aku telah dimaklumkan tiga minggu sebelum.
Aku dengan senang hati menyambut ketibaan mereka sekeluarga dengan memberi taklimat ringkas di pejabat aku.
Sejurus itu mereka dibawa jungle trekking hingga ke kawasan bunga pakma.

Mereka sebenarnya dibawa oleh Casabrina Villas untuk lawatan ini.
 Sementara itu pula beberapa pegawai muda dari Majlis Pelancongan Pahang bahagian pengalak pelancongan tiba sebelum Vincenza.

Lawatan mereka sambil meninjau perkembangan Lata Jarum serta melawat persekitaran yang sedia ada.

Saya dengan gembiranya menyambut kedatangan mereka walau pun tiada temu janji.
Tiada disangka keluarga Vincenza bertuah dapat melihat bunga pakma mula berkembang.

Jangkaan aku akan mula berkembang seminggu dua lagi. Kebelakangan ini begitu sukar pula untuk meramal perkembangan bunga pakma ni pula.

Lazimnya jangkaan aku tak lari dari apa yang aku jangka. Apa yang menyebabkannya begitu cepat berkembang tiadalah diketahui.

Selasa, 21 Jun 2011

KEM MOTIVASI SMK.BENTA

 Seramai 26 pelajar serta lebeh 10 guru SMK.Benta mengadakan program selama 3 hari 2 malam di Lata Jarum.

Objektif program meningkatkan kesedaran sahsiah pelajar dalam usaha membantu kearah kecemerlangan secara khusus.

Pelbagai pengisian program dijalankan termasuk sesi jungle trekking dengan dibantu kakitangan jabatan perhutanan dari Unit Hutan Lipur Daerah Raub.
 Semasa program dijalankan, para pelajar dan guru bermalam di Lata Jarum.

Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak di ingini berlaku.

Pihak pengurusan Hutan Lipur seperti biasa menutup kawasan program dari orang awam supaya berjalan lancar.

Makan minum sepanjang program dibekalkan oleh katering dari penduduk kampong.
Sepanjang pihak jabatan perhutanan mengambil peranan secara mutlak di Lata Jarum dari 2008, inilah  pertama kali pihak sekolah tempatan dari Benta Kuala Lipis mengadakan program yang sebegini disini.

Diharap dengan jayanya program tersebut, dimasa akan datang dapat meneruskan usaha yang sebegini di Lata Jarum lagi disamping memupuk pelajar pelajar dan juga guru guru mencintai alam sekitar.

Pihak pengurusan Hutan Lipur mengucapkan jutaan terima kasih atas memilih Lata Jarum. Datang lagi.

SAHABATKU PERGI SELAMA LAMANYA

Allahyarham Hamizi Sahya 43 atau lebeh dikenali sebagai Mijie dikalangan sahabat handai, orang kampong meninggal dunia di Hospital Selayang Kuala Lumpur pada 8 June jam 1.45 pagi akibat kencing manis.

Beliau meninggalkan seorang balu dan dua orang anak.

Merupakan sahabat karib aku yang tidak dapat aku lupakan bila bila. Sungguh ajaib sepanjang aku berkawan dari kampong, kami tak pernah berselisih faham dan jauh sekali bergaduh.

Sahabatku ini seorang peramah dan spesies happy go lucky.

Banyak kenangan kami bersama yang tak mungkin aku lupakan. Kini tiada siapa lagi rakan karibku dari kampong mau pun dari mana mana lagi. Al-Fatihah untukmu dan berada berada bersama sama golongan para solehin.