MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Ahad, 2 Jun 2013

AKTIVITI KALAU SUKA DALAM HUTAN

Negara Malaysia subur untuk tanaman. Campak ajer pun tumbuh.
Penanaman semula telah banyak dilakukan dalam hutan Malaysia terutama dari Jabatan Perhutanan yang mana menjadi garis panduan agensi menanam semula dikawasan lapang atau pembalakan serta miskin dengan tumbuhan.

Menanam diri sebagai terapi agak baik. Tapi biarlah ada yang pantau. Memang ada kawasan tanah-tanah tertentu mempunyai kelebehannya dari segi perubatannya.

Menyendiri atau mengasingkan diri dikawasan hutan semulajadi dah menjadi trend dikala ini. Tapi jangan jauh sesangat dan ditempat yang bahaya. Buat susah orang jer nanti nak cari.


Kekadang tampa disedari gunung ganang atau bukit-bukit batu membentuk formasi tertentu. Namun ada yang minat aktivit dilereng-lereng bukit ini. Lihatlah sapa tu...


Khemah bergayut ni masih jarang dilakukan pencinta alam di Malaysia. Pendapat aku lebeh baik tak payah buat kalau dalam hutan kita yang berlainan sama sekali dengan budaya alam disebelah eropah atau Amerika sana. Budaya alam di Malaysia macam-macam perkara yang menakutkan. Pesan orang-orang tua yang berpengalaman dalam hutan tidak benarkan tidor atas pokok sebab puaka hutan suka. Kalau nak buat juga, terpulanglah.

Andaikata terjumpa teras gaharu yang begini nak ambil ker. Nasihat aku tak payah dan bawak-bawak baliklah segera.


Aktiviti beraksi ditebing curam gunung atau bukit untuk mencabar diri sudah banyak dilakukan. Apa pun kadangkala macam nak bunuh diri jer dan kalau nasib tak baik menyusahkan orang nak cari bawah bukit tu. Bukan senang nak bawa keluar. Apa pun sesuatu aktiviti riadah terapi minda bila berada diatas puncak alam semulajadi.


YANG MUNGKIN DIJUMPAI BILA DALAM HUTAN

 Boleh mandi dengan sepuasnya, namua awas dengan kepala air

 Salak nangka bila masak ranum akan berbau dari jauh lagi seperti bau nangka dan carilah untuk makanan yang paling sedap dan mengenyangkan

Ular paling bahaya didalam hutan terutama spesies tedung selar yang boleh dibuat janji.

 Spesies keluarga halia yang tumbuh menumpang pada pokok lazimnya. Jangan makan kalau tak yakin. Dalam batangnya ada empulur yang sangat lebut

 Kalau betul-betul hutan simpan tiada nyamuk. Kalau ada mesti sesuatu yang tak kena disitu seperti ada penghuni atau lazim didatangi manusia

Ikut kajian, harimau tua suka menyerang sebab lapar berbanding yang muda sebab seringkali mendapat makanan. Namun positifnya harimau atau haiwan liar tak suka bersua dengan manusia. Kenal pasti bunyi ngaumannya, batuknya yang kuat dan baunya kalau berhampiran anda.

 Mungkin jumpa pembunuhan kalau nasib tak baik. Maklumlah dunia hari ini. Namun jika ada telipon yang masih segar baterinya, hubungi pihak berkuasa kalau ada line atau rakam gambar jika dapat. Kalau tak boleh apa pun...ikut kau lah

 Beruk tunggal sangat jahat. Jangan ganggu dia kalau jumpa atau nampak. Itu aje nasihat boleh beri. Beruk tunggal ni bersendirian dan sangat besar. Besarnya boleh melebehi seorang manusia biasa.

 Jika jumpa kawasan air terjun ada gua dibawahnya jangan berani nak masuk. Tapi kalau berani apa salahnya. Pernah dengar kisah kalau gajah nak mati dia akan cari gua dibawah air terjun untuk bersemadi. Mana tau nasib dengan keberanian anada boleh jumpa gading gajah bertimbun timbun. Kaya kau....tapi kalau bawak keluar kena tangkap, naya kau...

Gajah kalau tak jahat akan berbunyi dengan kerapkalinya. Jangan ganggu dia dan cakap besar dengan dia. Kalau nak mampus buat lah...Gajah boleh dibuat janji...nak cuba buatlah nanti....atau pun dipanggil atau diseru supaya datang...bolehlah kalau nak cuba dalam hutan mana-mana tempat banyak gajah.

Keluarga halia (Tepus hutan) Jangan makan kalau tak yakin. Dalam batangnya ada empulur yang lembut dan sedap kalau gemar.

Katak banyak dalam hutan terutama kawasan berpaya atau sungai. Kalau lapar sangat pilih-pilihlah mana yang sesuai atau yang dapat dan panggang secukup rasa.

Buah keranji ni atas pokok yang tinggi. Mana ada rendah kecuali gugur atas tanah disebabkan haiwan yang menjatuhkan. Makanlah sepuasnya tapi tak mengenyangkan perut. Silap-silap cirit birit kalau makan banyak sangat. Sesuai sebagai pemanis mulut jer.

Kulat ni tak payah cerita dah tentu beracun giler. Cuma cantik ditengok jer.

Kulat yang mengeluarkan cahaya diwaktu malam memang ada dalam hutan kita. Jangan makan walau apa sekali pun. Nak mampus boleh lah cuba sebakul dua....

Kundang rumania memang terdapat dalam hutan kita. Kalau terjumpa dan agak-agak boleh panjat, ambil lah untuk makan sampai kenyang. Masam-masam manis rasanya. Sedap giler kalau yang gemar. Beza yang kampung bulat dan hutan ialah bujur macam bola ragbi.

Mengkubung ni spesies boleh terbang. Pakaian penerjun payung sekarang dah banyak guna kaedah dia ni. Kalau nak buat makanan pun sedap kalau kena masaknya. Kalau terdesaklah...kalau saja-saja ajer tak bertanggungjawab la aku.

Ular...hati-hati lah dalam hutan

Pacat ada ditempat-tempat tertentu dalam hutan. Lazimnya kalau lepas hujan sangat banyak. Sehingga kini belum membunuh.

Mungkin nasib anda baik kalau jumpa bangkai kapalterbang lama. Banyak juga maklumat aku terima dari para pencinta hutan berjumpa kapalterbang zaman perang dunia kedua dulu dalam hutan Malaysia. Antaranya di Perak dan di Kelantan menurut kawan-kawan yang ada maklumat tersebut. Landasan kapalterbang, landasan keretapi serta gerabak pun ada ditemui dalam hutan tebal Malaysia yang masih belum dibawa keluar atau dijadikan kawasan eko-tourism...memang ada dan ramai yang tau perkara ini tapi tidak berbuat apa-apa.



Kalau jumpa buat tak tau aje lah...dah semulajadi begitu...tanda kebesaran Allah S.W.T
Tumbuhan pun ada jantan betinanya.

Ini spesies kektus. Tak jamin la jumpa dalam hutan tropika Malaysia. Kalau jumpa ada sesuatu tak kena la tu.

 Rama-rama ini dulunya banyak namun sekarang dah sush nak jumpa. Dulu 20-30 tahun lepas banyak dikawasan tanah tinggi dan juga kawasan rendah. Sepuluh tahun lepas selalu ada dalam rumah aku.dan kini dah 3-4 tahun tak jumpa.

Rambai hutan...kalau jumpa jangan tanya lah

Hai-hati dengan laba beruk yang agak besar. Lazimnya dalam lubang tanah tepian bukit.
Kalau mengigit boleh pengsan atau bawa maut terus. 

Periksa dulu sebelum mandi manda kalau baru pertama kali. Kadang-kadang banyak ular sawa rendam dalam air tersebut. Aku dah pernah kena.

Biasalah kalau jumpa rumah atas pokok. Kalau tak orang asli dah tentu pemburu haram jadah yang buat untuk  mengendap rusa, kijang dan sebagainya. Sekarang apa binatang pun ada harga. Kalau kelah - sisiknya, tenggiling - sisiknya, harimau - semuanya, gajah - gadingnya, tokek - air liurnya, burung - air liurnya, dan macam-macam lagi

Kalau jumpa yang ini...itu pandai-pandai sendiri lah...aku tak nak campur

PETA PANDUAN MENDAKI KE GUNUNG BENUM

 Daru Ulu Cheka Jerantut

Dari Lata Berembun Sungai Chalit Raub

LAWATAN SEHARI KE BATU KAJANG KAMPUNG KUALA KENONG KUALA LIPIS

Jeti Tanjung Kiara Kuala Kenong

 Baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti lawatan pegawai dari Kementerian Pelancongan Malaysia ke Kampung Kuala Kenong di iringi oleh En Hasan dari Tuah Travel & Tours serta penduduk kampung Kuala Kenong. Lawatan tersebut merupakan meninjau kawasan untuk dibangunkan sebagai tapak eko-Pelancongan disitu.


 Bot adalah satu-satunya alat pengangkutan yang digunakan penduduk Kampong tersebut melalui Sungai Kenong dan merentasi sungai Jelai. Namun begitu bukanlah tiada jalan darat untuk di ikuti sebagai jalan keluar masuk kesini, tapi agak jauh dan masih jalan tanah berlumpur.


 Sepanjang laluan ke Batu Kajang didapati tebing dikiri kanan sungai tersebut masih terpelihara dan masih asli. Oleh yang demikian, keaslian alam sekitar dikawasan ini sangat menarik untuk dilawati pelancong sebagai tanda ukur keaslian tebing sungai alam semulajadi.


 Sepanjang laluan ke tersebut didapati satu jambatan gantung yang sudah tidak digunakan lagi yang mana lantai jambatan tersebut telah habeh tangga, namun tali kabel yang asas utama jambatan tersebut masih kukuh kelihatan. Mungkin boleh dibaiki lagi dengan kos yang rendah.



 Mula memasuki lubang gua datang dari arah Kampung Kuala Kenong


 Mamasuki dalam gua satu pengalaman yang menarik buat pertama kalinya dengan menaiki bot dengan perasaan seram pun ada.



 Keluar dari mulut gua menuju batu hampar

 Dengan pengekalan biodiversiti dikiri kanan tebing sungai menghalang dari hakisan dan merubah ekologi kawasan tersebut.

 Melihat kesan ditebing sungai didapati kawasan ini mudah dinaiki air apa hujan lebat.

 Setelah keluar dari gua Batu Kajang dari Kampung Kuala Kenong menuju Batu Hampar




 Bukit Batu Kajang yang berpontensi sebagai kawasan flying fox dan dipuncaknya sangat menarik jika dibangun pelantar berskala besar untuk bersantai.

 Berdiri diatas batu hampar yang masih terpelihara dari pencemaran


 Berhampiran kawasan batu hampar terdapat satu pemandangan purba dulukala dengan ternakan kerbau yang begitu banyak. Menarik kalau kerbau ini dapat dijinakan sebagai tarikan pelancong kesini.

 Kedudukan rumah ini juga tidak jauh dari kawasan Batu Kajang dan Batu Hampar dan boleh dijadikan rumah inapan pelancong.