MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 21 Disember 2009

BERITA LATA JARUM

Memang semua maklum hujan menyeluruh masih berterusan setiap hari dan tidak terkecuali di Lata Jarum. Lebih kurang 4 hari hujan di Lata Jarum menambahkan kesejukan hingga 23 darjah celcius dan bolih mencapai 21 darjah diwaktu malam.
Pekerja kontraktor yang sedang menjalankan kerja-kerja naik taraf di Lata Jarum semalam berhasrat akan mencari tempat tinggal dikawasan kampung berhampiran untuk menggelak dari kesejukan diwaktu malam.
Beberapa pelajar UKM Bangi yang sedang menjalankan penyelidikan yang sudah 13 hari di sana turut merasa bahang kesejukan tersebut. Namun kerja-kerja penyelidikan tetap diteruskan. Pada hari ini dijangkakan mereka akan pulang ke UKM Bangi untuk sementara waktu.

Program kadet polis UiTM Shah Alam akan diadakan pada 28 Dec 09 hingga 2 Jan 2010 ini. Pada 26 Dec ini pasukan urusetia yang terdiri dari Pasukan Gerak Am Selangor akan awal berada di Lata Jarum untuk persediaan program tersebut. Dijangka 200 peserta akan menyertai program Kem Perkhemahan SUKSIS Lata Jarum 2009/2010.

Inilah julung julung kali program paling lama dalam dunia, kat Lata Jarum...Huh...setahun tu

Jumaat, 11 Disember 2009

LATA JARUM MASA INI

Pada masa kini Lata Jarum semakin menjadi distinasi penyelidikan Rafflesia. Dr. Wee Suk Ling bersama dua pelajarnya sedang menjalankan kajian serangga berkaitan rafflesia di Lata Jarum yang dijangkakan berada seminggu di Lata Jarum. Hari ini sudah dua malam beliau berada di Lata Jarum tampa ditemani sesiapa. Diharap mereka selamat semasa berada disana. Walau bagaimanapun sepasukan tentera komando berada berhampiran dgn kompleks Lata Jarum sedang mengadakan latihan.

Khamis, 10 Disember 2009

LAGI GAMBAR EKSPIDISI SAINTIFIK LATA JARUM 2009

Pegawai penerbitan UKM Bangi En. Daud sedang bersiap sedia merakam gambar untuk majlis perasmian ekspidisi saintifik Lata Jarum. Steady abang Daud. Beliau banyak memainkan peranan penting untuk Lata Jarum. Kelazimannya lepas shooting makan ikan steam. Jangan steam udah le en. Daud, nanti susah member...
Yang baju hijau tidak asing lagi Profesor Dr. Jumaat Adam Penyelaras Penyelidikan Bukit Fraser dan Pengerusi Ekspidisi Saintifik Lata Jarum sempat merakamkan detik mesra bersama Datuk Hj. Hanafiah Pengerusi Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser.

En. Muhamad Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Daerah Raub Pahang mewakili Pegawai Daerah Raub Datuk Abd. Moin Hamid merasmikan Ekspidisi Saintifik Lata Jarum. En. Mat memang mantap, berucap tak baca teks pun, beliau rasa apa yang betul, cakap terus. I like your style cik Mat...


Para jemputan, peserta, urusetia memeriahkan majlis perasmian hingga akhir ekspidisi. Syabas tuan-tuan, kita jumpa pada lain program di Lata Jarum. Ada lagi ke...Maklum balas selepas Ekspidisi ada yang tanya bila ada lagi program kat Lata Jarum. "Jemputlah kami lagi" begitulah beberapa orang yang bertanya kat saya semasa nak balik. Insha'allah....








RAFFLESIA 2DAY AT LATA JARUM

Alangkah terkejutnya saya bila didapati Rafflesia Lata Jarum ini sudah hampir berkembang penuh. Empat hari sudah masih bulat lagi dan lazimnya dijangka satu minggu lagi. Apakah ini proses hidrostatik bunga tersebut. Apabila keadaan lembab disebabkan hujan yang banyak menjadikannya cepat berkembang berbanding musim panas. Oleh yang demikian pada hari esok 11 Dec 09 (Jumaat) akan berkembang penuh.
Ini adalah bunga pakma dikawasan Sg. Kenau yang baru dijumpai. Dijangka tiga atau empat hari lagi akan membuka.

Pada hari ini jam 12.30 petang Dr. Wee seorang penyelidik dari fakulti Sains dan Teknologi UKM Bangi tiba bersama dua pelajarnya untuk menjalankan penyelidikan serangga berkaitan Rafflesia di Lata Jarum. Kelihatan Dr. Wee sedang melekatkan tanda-tanda pada bunga pakma yang diselidikinya.


Rafflesia di Sg. Kenau ini juga akan berkembang tidak berapa lama lagi yang dijangka tiga atau empat hari lagi. Oleh yang demikian di Sg. Kenau mempunyai dua biji Rafflesia akan berkembang dalam tempoh terdekat ini. Satu dipetak pertama dan kedua dipetak yang baru ditemui yang cuma 100 meter saja dari petak pertama.



Rabu, 9 Disember 2009

KERJA-KERJA NAIK TARAF LATA JARUM AKAN DILAKSANAKAN

Menurut kenyataan Unit Kejuruteraan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, peruntukan sebanyak RM 500,000.00 akan digunakan sepenuhnya menaik taraf infrastruktur yang sedia ada di Lata Jarum. Kerja-kerja akan dimulakan pada 15 Dec 2009 ini dan dijangka siap pada Mac 2010.

Dengan sempurnanya kerja-kerja naik taraf itu nanti akan memberi kemudahan pada program-program yang dijalankan di Lata Jarum. Apa yang diharapkan, bukan saja pemulihan infrastruktur akan disempurnakan, namun diharapkan juga pada lain-lain kemudahan asas seperti peralatan pengurusan serta peralatan tempat penginapan.

Insha'allah, dengan segala kemudahan yang diberikan pada Pusat Penerangan Hutan Lipur Lata Jarum Jabatan Perhutanan Raub akan menjadikan satu kawasan hutan lipur yang berimej tinggi, bukan saja untuk rekreasi, namun sebagai pusat penyelidikan serta eko-pelancongan.

Tidak lupa merakamkan jutaan terima kasih pada pihak UKM Bangi terutamanya Prof. Dr. Jumaat Adam serta semua pegawai-pegawai beliau dan seterusnya pihak pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, khususnya Pegawai Hutan Daerah Raub Tuan Hj. Zulkfakar yang banyak berusaha perancangan naik taraf Lata Jarum.

Setinggi tinggi penghargaan kepada Y. Bhg. Dato' Seri Ng Yan Yan Menteri Pelancongan Malaysia sudi melawat Lata Jarum serta bermurah hati memberikan peruntukan menaik taraf Lata Jarum. Diharap akan datang lagi tahun hadapan seperti beliau janjikan.

KOR SUKARELAWAN POLIS SISWA/SISWI UiTM SHAH ALAM SELANGOR

Perubahan tarikh program SUKSIS Shah Alam menggadakan kem perkhemahan di Lata Jarum telah dinyatakan Pegawai Latihan (1) Cheif Inspektor Hasrul Affendi baru baru ini yang akan di- adakan pada 28 Dec 09 hingga 2 Jan 2010. Sepatutnya 16 hingga 22 Dec 09 ini.

Pengisian program SUKSIS akan menggadakan program dipersekitaran hutan Lata Jarum dan meredah denai serta melawat kawasan bunga pakma.

Pihak Jabatan Perhutanan Negeri Pahang mengalu-alukan program tersebut khususnya Jabatan Perhutanan Daerah Raub. Insha'allah kerjasama akan diberikan olih pihak Jabatan Perhutanan jika diperlukan.

Disamping itu tidak ketinggalan kepada penduduk kampung berhampiran kerana pihak SUKSIS bercadang menggadakan program bersama penduduk kampung berhampiran dengan pelbagai aktiviti.

Sabtu, 5 Disember 2009

LAGI PROGRAM DI LATA JARUM

Jurucakap Kor Sukarelawan Polis Siswa/Siswi Universiti Teknologi Mara Shah Alam Selangor akan mengadakan program perkhemahan seramai 200 orang pada 21 hingga 26 December 2009 ini.

Sementara itu pula yang belum di beri jadual lagi, pihak kem Sg. Udang Melaka berminat mengadakan latihan komando seramai 80 orang.

Di Bukit Fraser pula pada 17 hingga 22 December ini, Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Selangor akan mengadakan ekspedisi dari Kuala Kubu Bharu hingga ke Bukit Fraser.

Emm...nampaknya lepas kejar ke Bukit Fraser terus kejar ke Lata Jarum dan kalau jadi pulak, terus kejar ke Cameron Highlands pulak untuk Kolej Mara Kuala Lumpur seramai 80 orang. Alhamdulillah, dah ramai orang sukakan alam sekitar untuk beraktiviti. Teruskan...

Selasa, 1 Disember 2009

JUTAAN TERIMA KASIH

Pihak Lata Jarum mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat menjayakan Ekspedisi Saintifik Lata Jarum 2009 ESLJ 09. Pejabat Daerah, JKR, JBA, Kementerian Kesihatan, JKKK Kampung Hulu Dong serta penduduknya sekali, Majlis Daerah, Rela, PDRM, Kontraktor, Semua warga Jabatan Perhutanan yang terlibat baik Negeri Pahang, Trengganu kita, Johor dan Ibupejabat Perhutanan Kuala Lumpur, Semua warga IPT yang terlibat menyertai dan tidak lupa "Atok" Lata Jarum yang mengizinkan kami berekspedisi. Dengan izin "Atok" ekspedisi berjalan lancar dengan meriah sekali dan sepanjang masa ekspedisi selama 6 hari, hujan tak turun. shukur pada Allah s.w.t memberkati majlis Lata Jarum. Sebelum tu hujan tak berhenti henti dan habis aje ekspedisi, hujan tak berhenti henti semula. Alhamdulillah, semuanya kehendak Allah s.w.t

TERIMA KASIH PADA YANG TERLIBAT MENJAYAKAN EKSPEDISI SAINTIFIK LATA JARUM 2009

Terima kasih Jabatan Bekalan Air Raub dan warganya yang terlibat. Harap nanti dapat membekal air lebeh banyak pada program akan datang di Lata Jarum. Ada lagi ke... Emm bulan December ni mungkin satu lagi program besar macam ekspedisi kat Lata Jarum. Tunggulah...
Hiss... sapa pulak tu. Haa...tu bukan kakitangan JBA Raub weh. Masa ambil gambar tak ada. Bila cuci gambar ada lak. Emm...penunggu Lata Jarum kot

Khamis, 26 November 2009

PESERTA EKSPEDISI SAINTIFIK LATA JARUM 2009

Kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang bergambar bersama Tuan Hj. Jalil Mat Som, Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang. Eh, sapa pulak pompuan tu. Itu bukan isteri Tuan Hj. Jalil ya, tapi setiausaha kerja ekspedisi UKM. Dia tu memang suka bergambar. Kalau sapa yang berminat, datanglah selalu Lata Jarum. Pasti jumpa.
Para peserta bergambar bersama VIP beramai ramai dan ada pulak yang terkentut. Huh....



GAMBAR GAMBAR EKSPEDISI

"Maka dengan ini saya merasmikan Ekspedisi Saintifik Lata Jarum 2009" begitulah ucapan wakil Naib Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia Tan Sri Dato' Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan Shahabudin.
Timbalan Pengarah Perhutanan Negeri Pahang Tuan Hj. Jalil Mat Som menyampaikan ucapan

Pengerusi Ekspedisi Lata Jarum 2009 Profesor Dr. Jumaat Adam sedang menyampaikan ucapan dengan penuh cemerlang.






EKSPEDISI LATA JARUM 2009 SUKSES

Pada 16 hingga 21 November 2009 baru baru ini, ekspedisi Lata Jarum berjalan lancar dengan penuh cemerlang walau pun beberapa masaalah dihadapi.

Selasa, 10 November 2009

INILAH RAFFLESIA JANTAN

Bunga Rafflesia ni pun ada jantan betina. Memang gitulah kejadian ALLAH s.w.t Rupa rupanya yang jantan ada telur jugak. Tapi telor dia banyak sangat. Puas nak kira....dan lagi satu disekeliling telur dia ada bulu bulu warna perang. Kalau betina pulak, licin aje. So, nak tengok dari dekat marilah ke Lata Jarum. Minggu Ekspedisi ni ada satu akan kembang mekar.

KAKITANGAN UKM DAH TIBA BERKAMPUNG DI LATA JARUM

Makanya, sebilangan orang kuat UKM dah sampai berkampung di Lata Jarum dengan berlori lori barang peralatan diangkutnya. Yang peliknya ada bawak motor sekali. Huh, nak main motor cross kat Rafflesia gamaknya. Yang bagusnya perempuan yang bawak tu...Emm boleh lah aku tenggek sekaki. Lupa pulak nak ambik gambar tadi. Dia orang sampai jam 5.00 petang waktu Malaysia.

Malang pulak, api letrik blackout. Tapi jam 10 dah okay. apa lagi, karaoke lah......

EKSPEDISI LATA JARUM 2009

Pada 16 hingga 21 November 2009 bersamaan hari Isnin hingga Sabtu satu Ekspedisi Saintifik akan diadakan di Lata Jarum Ulu Dong Raub Pahang Darul Makmur. Sepanjang Ekspedisi selama 6 hari tersebut para penyelidik dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan lain-lain institiut pengajian tinggi yang menyertai akan melakukan pelbagai penyelidikan dalam bidang masing masing.

Ekspedisi yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang serta lain-lain agensi kerajaan adalah julung julung kalinya diadakan di kawasan Lata Jarum Ulu Dong Raub.

Pada masa yang sama diminggu tersebut, Malaysian Createaria & Indicator MC&I akan mengadakan lawatan ke Lata Jarum. MC&I adalah satu badan NGO yang membuat lawatan pemeriksaan tatakerja Jabatan Perhutanan diseluruh Semenanjung Malaysia. Pegawai pegawai MC&I dijangkakan akan mengadakan lawatan pada 18 November bersamaan hari rabu. Jika pemeriksaan MC&I ini mendapati tatakerja yang dilakukan Jabatan Perhutanan mengikut prosedur yang ditetapkan, pengikirafan akan diberikan dan bolehlah dapat ISO beribu ribu. Oleh itu cemerlanglah, kalau tidak.... lu pikirlah sendiri....

Pada 21 November hari Sabtu satu lawatan Diraja iaitu KDYMM Sultan Pahang akan melawat daerah Raub pulak. Maka sibuklah rakyat jelata meraikan lawatan tersebut.
Lepas tu cuti sekolah pun bermula....haa....nak gi mana ya....ahh duduk rumah lagi baik...

Isnin, 2 November 2009

KULAT YANG TIDAK DIHARGAI

Jangan salah sangka ya. Ini kulat betul. Kulat ni berfungsi membersihkan serpihan bahan organik mati yang jatuh ke lantai hutan dengan banyaknya. Peranannya menguraikan segala bahan yang mati atau hampir mati. Penguraian ini akan menghasilkan nutrien larut untuk diserap oleh akar tumbuhan dan tanah. Ia juga penting bagi rantaian makanan ekosistem hutan kerana menghasilkan nutrien untuk tumbuhan dan juga menjadi mangsa untuk organisma hutan. Hutan hujan Malaysia cukup kaya dengan kepelbagaian spesies kulat.

MODEL LATA JARUM 2009
















Inilah antara banyak banyak model menjadi pilihan anda untuk dipilih sebagai model of the year Lata Jarum 2009. Walau bagaimanapun tak tau lah sapa nak sponsor pertandingan tu nanti. Harap harap ada yang berminat. ( Banyak gambar akan menyusur )










"BADANG" DI LATA JARUM ???

Pada hari minggu baru baru ini sedang saya menjalankan memantauan dalam kawasan hutan Lata Jarum, tiba tiba terserempak beberapa pemuda sedang cuba "mengangkat" batu yang sangat besar. Apakah mereka sedang menguji ilmu mereka. Kalau cerita orang kampung saya, selalunya mereka yang kuat kuat begini ada memelihara hantu raya. Tapi saya memohon dengan baik supaya mereka tidak mengangkat batu tersebut dan mereka memberi kerjasama dengan baik sekali lalu beredar. Huh, macam macam...


Selasa, 27 Oktober 2009

LATA JARUM ASHIK HUJAN AJE


Inilah gambaran kawasan air terjun Lata Jarum tempat sesiapa datang untuk mandi manda, apabila hujan lebat, macam inilah hebatnya kuasa air kat Lata Jarum. Oleh itu sesiapa nak mandi juga, bawak bawaklah bertaubat nasuha. Keadaan dalam gambar ni tak berubah bila airnya pasang, warnanya coklat. Kata orang kampung warna air akar kayu. Kalau ya, apa lagi mari lah kita minum air tongkat ali Lata Jarum, Percuma. TAPI,... rasanya pak ali ada tertinggal seluar dalam kat ulu sungai masa dia mandi baru baru ni. Haa... lagi power. Tongkat Ali + Seluar Dalam Ali....

DIFINISI DAN EVOLUSI EKOPELANCONGAN


Pada dasarnya, dititik beratkan dua ciri utama :-



  • pendidikan alam sekitar

  • pemuliharaan

Telah dibincangkan di Venezuela 1992, Kongres Eko-pelancongan.



  • impak pada penduduk berhampiran.

  • peka pada persekitaran hutan asli yang bercirikan kebudayaan dan isu alam sekitar.

  • kecekapan pengurusan kawasan dan kerjasama penduduk berhampiran.

  • memaksimakan penglibatan penduduk setempat bagi jangkamasa yang panjang terutama dalam proses menentukan jenis dan tahap pelancongan yang boleh diterima.

  • memberi impak ekonomi pada penduduk setempat tampa meninggalkan amalan tradisional seperti berkebun, menangkap ikan, serta sistem sosial, dan

  • memberi peluang pada penduduk setempat menggunakan sumber sumber semulajadi serta mempelajari dengan lebeh mendalam mengenai alam semulajadi supaya boleh menarik pelawat.

Konsep eko-pelancongan perlu diberi kesedaran bahawa aktiviti pelancongan massa boleh memberi impak pencemaran dan menjejaskan kualiti alam sekitar.Beberapa aspek secara evolusi eko-pelancongan :-



  1. Peningkatan permintaan rekreasi dan aktiviti dengan keupayaan kuasa beli yang baik. Minat pada suasana "sunyi" semakin membara dan sistem pengangkutan yang semakin baik. Faktor faktor ini lah daya pengalak pada aktiviti berasaskan alam semula jadi.

  2. Pengetahuan mengenai alam sekitar melalui pelbagai rangkaian media dan pengalaman individu terhadap perkembangan cuaca, pembangunan tidak mampan, tragedi dari pembangunan tanah tinggi, peningkatan penggunaan herba untuk kesihatan, kempen kempen hutan sebagai terapi oleh pengkaji luar dan tempatan membawa keinginan orang ramai untuk mengalaminya sendiri.

  3. Maklum balas kesan kesan negatif pelancongan massa dengan kumpulan yang besar telah memberi impak negatif pada alam sekitar.

Pelbagai contoh kesan pencemaran boleh dilihat yang mendatangkan kemudaratan pada manusia masa kini terlalu banyak untuk disentuh. Nak cerita jenuh pulak nak baca kan. Silap gaya ada yang marah marah pulak.


Oleh itu, orang ramai menjadi peka dengan dibantu oleh penyelidik penyelidik yang berwibawa secara terperinci sahaja yang mampu menyelamatkan pelbagai spesies flora dan fauna daripada terancam kepupusan dari habitat asalnya. Harap harap gitulah. Jangan kaji jadi kanji udah le...


PEMULIHARAAN SUMBER-SUMBER HUTAN

Pemuliharaan bermakna penggunaan wajar atau pengekalan sesuatu sumber tampa menjejaskan kualiti aslinya. Perlu di ingatkan, hutan bukan hak milik sesiapa, ia suatu kesinambungan dari dulu dan harus dinikmati pada generasi akan datang. Oleh itu marilah kita sama sama memulihara khazanah ciptaan ALLAH ini yang tiada ternilai dan terhitung. Apakah saudara ingin katakan ini tanggungjawab Jabatan Perhutanan, Alam Sekitar, Persatuan Pencinta Alam, Orang Asli, JKKK, Orang Bunian.... Ayooo... Memang ada yang berperanan, tapi kalau semua tak mau kerjasama, susah lah...

Macam mana nak tolong ???... Senang aje. Kalau pergi mana mana hutan lipur atau masuk hutan, tolonglah bawa sampah balik keluar. Nak kencing berak, gunakan tandas tersedia. Jangan buat bising kerana menganggu orang lain. KERJASAMA TUAN TUAN AMAT DIHARGAI DAN TERPUJI, SEMOGA ALLAH MEMBERKATI HIDUP TUAN TUAN.

KEPENTINGAN PEMULIHARAAN HUTAN LIPUR LATA JARUM

Dengan timbulnya kesedaran kepentingan hutan dengan pelbagai kepentingan, kini kawasan hutan asli menjadi tumpuan pelbagai pihak. Biar saya andaikan mungkin peningkatan urbanisasi dan gaya hidup yang menyebabkan ketegangan, ada insan insan yang ingin kembali pada unsur unsur asas. Asas hutan adalah tanah, dari asas tersebut segala galanya wujud yang disebut tumbuhan. Ringkasnya, secara umum tumbuhan dipecahkan pada pelbagai sudut ilmiah. Secara ilmiahnya hutan mengandungi air, batu, pokok, udara segar, haiwan, makhluk halus, bunga dan macam macam lagi.

Motivasinya, sudah ada ramai insan mencari cari tempat "bersunyi", mengalami ciri ciri kembara serta meningkatkan kekuatan fizikal dan mental. Kelazimannya kita melihat secara kasar, ramai ke hutan menikmati suasana persekitaran yang berhutan dengan udaranya yang segar lagi nyaman, air terjun yang dingin dengan harapan meningkatkan daya diri yang tinggi.

Dengan peningkatan pengunjung di sesuatu hutan lipur, boleh mendatangkan impak negatif terhadap ekosistem hutan. Mengapa saya kata begitu, bukan semua pengunjung yang datang mempunyai sikap yang terpuji, memang ada yang keji. Pembuangan sampah berasaskan plastik begitu teruk sekali. Baik diatas darat atau kedalam sungai. Yang paling terkutuknya membuang botol kedalam sungai yang memudaratkan pengunjung lain. Hampir enam guni saya mengutip botol baik yang elok atau yang sudah pecah didalam kawasan hutan lipur lata jarum. Yang kelakarnya bila tiada penyengaraan dibuat, pandai pulak komplen sana sini sampai dalam media.

Isnin, 26 Oktober 2009

MENGENAL RAFFLESIA JANTAN BETINA

Prof. Dr. Jumaat Adam dari UKM Bangi sedang menerangkan
sesuatu mengenai bunga pakma pada Dato Hj. Shafiq Fauzan semasa
mengadakan lawatan ringkas ke Lata Jarum Hulu Dong Raub Phg.
ringkas ke Lata Jarum.

LATA JARUM AKAN NAIK TARAF

Exco Pelancongan Negeri Pahang Dato Hj. Shafiq sedang
membincangkan sesuatu bersama Pegawai Hutan Daerah
Raub & Cameron Highlands Tuan Hj. Zulkfakar (kemeja putih)
serta Prof. Dr. Jumaat Adam (T-shirt hitam) dari UKM Bangi
ketika berada dikawasan Bunga Pakma Lata Jarum baru baru
ini.

Lawatan Unit Kejuruteraan Jabatan Perhutanan Negeri
Pahang ke Lata Jarum menjalankan kerja-kerja kajian
untuk menaik tarafkan pembangunan sedia ada diseluruh
kawasan Hutan Lipur Lata Jarum. Turut serta meraikan
Unit Jurutera Pegawai Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands
Tuan Hj. Zulkfakar. (kemeja putih) serta Renjer Hutan Tingkatan
Kanan Najib Shauqi.(Uniform Jab. Hutan)

Khamis, 22 Oktober 2009

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA BERSANTAI DI LATA JARUM HULU DONG RAUB PAHANG DARUL MAKMUR

Gembira sakan di Lata Jarum, heroin & hero UIA
Menerima taklimat ringkas dari kakitangan Jabatan Perhutanan

Kenangan beramai ramai di laman kompleks Lata Jarum


UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA GOMBAK MALAYSIA DI LATA JARUM

Keceriaan pelajar UIA Gombak di Lata Jarum
Hero hero student UIA Gombak dari fakulti Senibina

Urus setia pelajar UIA Gombak. Ada bum, ada fit, he he




Selasa, 25 Ogos 2009

HUTAN LIPUR LATA JARUM HULU DONG RAUB PAHANG




BOLEHKAH LATA JARUM MENJADI KAWASAN REKREASI SIFAR SAMPAH ???




MENGENAI LATA JARUM MASA INI OGOS 2009


Lata Jarum 35 Km dari bandar Raub yang terletak di Hulu Dong dan 120 Km dari Kuala Lumpur pusat bandaraya Malaysia sangat mudah untuk sampai. Dahulu terbiar hampi 5 tahun tiada siapa nak peduli. Kini setelah di uruskan oleh Jabatan Perhutanan Daerah Raub dari Februari 2008 hingga kini telah di jenamakan semula sehingga membawa Menteri Pelancongan Malaysia melawat ke kawasan tersebut. Dengan itu, sebanyak satu juta peruntukan telah disediakan oleh Kementerian Pelancongan untuk memulih dan membina pelbagai kemudahan asas dan menjadikan Hutan Lipur Lata Jarum suatu kawasan rekreasi lestari yang terbaik di Semenanjung Malaysia. Dengan kedudukannya yang terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Benum yang berada di aras 300 meter aras laut bersempadan dengan Hutan Simpan Hulu Dong di mana terdapat banyak spesies spesies untuk di lihat dan di kaji oleh warga negara Malaysia. Suatu perkara yang unitnya Lata Jarum Hulu Dong terdapat banyak spesies bunga pakma iaitu bunga terbesar didunia yang tidak pernah selesai akan kajiannya. Tambahan lagi terdapat kawasan gugup dimana sungainya hilang dibawah tanah beberapa kilometer jauhnya. Ada yang menyebutnya 'buta' bagi penduduk penduduk setempat. Kini dengan pelbagai kawasan yang unik yang terdapat di dalam hutan tropika malaysia berada di kawasan Lata Jarum untuk di lawati. Apa yang selalu dicari bagi pencinta alam, hutan, air terjun, jeram, anak sungai yang jernih, air yang dingin, pulau pulau ditengah sungai, bukit, denai, gugup, gunung, herba, pokok balak, pokok buah, tepus hutan, bunga, pepanjat, penumpang, bunga pakma, dan pelbagai lagi ada di persekitaran Lata Jarum Hulu Dong Raub. Kini saban hari pelawat dari serata tempat sering datang dan menghubungi dari masa kesemasa untuk berada di Lata Jarum. Bagi sesiapa yang tak berkira boleh menawarkan bayaran yang berpatutan untuk beriadah ke air terjun Lata Berembun, Lata Lembik, Gua Keling, air terjun jeriau Bukit Fraser dan denai denai Bukit Fraser. Untuk maklumat lebih lanjut datanglah ke pusat penerangan Lata Jarum Hulu Dong.


EKSPEDISI LATA JARUM SATU PERMULAAN


Sebahagian pemandangan tempat kami berekspedisi di hulu sungai Lata Jarum dan gambar bawah sebahagian anggota berekspedisi. Kami berlepas dari Lata Jarum jam 9.00 pagi dan sampai ke kawasan tempat nak bermalam jam 12.30 petang sebab banyak sangat nak ambil gambar. Anggota ekspedisi begitu teruja bila sampai ke kawasan tersebut melihat pandangan yang begitu cantik dimana kawasan hutan yang belum di usik lagi. Orang kata hutan dara. Emm, yang pergi pun dara dara lagi. keh keh keh... Malangnya kami terpaksa balik semula ke Lata Jarum dan sampai jam 8.00 malam oleh kerana sesuatu perkara yang tak dapat nak cerita. Walau macam mana pun mungkin lepas hari raya aidilfitri nanti ekspedisi ini akan disambung semula. insha'allah. Kalau sesiapa nak ikut bolehlah daftar kat pusat penerangan Lata Jarum Hulu Dong.

MENCARI TEPUS HUTAN DI GUNUNG HULU SEMANGKOK

Empat hari sebelum puasa, aku membawa seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia nak cari spesies tepus hutan serta seorang kaitangan ke kawasan hutan gunung ulu semangkok berhampiran gap bukit fraser. Spesies tersebut terakhir pernah dijumpai pada tahun 1907. Haru betul aku memikirkan nak cari spesies tu. Yang gelinya aku pun tak pernah naik gunung ulu semangkok tu. Maka aku pun bawalah ke kaki gunung tu mengikuti sebatang anak sungai yang tak pernah aku pergi juga. Jalan punya jalan kami menjumpai banyak kawasan air terjun yang cantik lagi bersih kawasannya seperti dijaga oleh seorang tukang kebun. Apa yang di cari tak jumpa. Yang jumpa kawasan air terjun yang cantik cantik lagi bersih. Maka aku pun mula merakam gambar seberapa banyak. Tampa di duga satu lembaga masuk dalam 'view' kamera aku semasa nak merakam gambar kat air terjun seperti kawasan gambar diatas. Aku pun buat tak tau aje dan terus merakam. Rupanya member dah sedap hati dan mengajak balik. Bila balik kerumah aku tak sabar nak 'download' gambar aku rakam tadi. Dah jangka semua gambar ada lembaga tersebut tak keluar atau tak jadi. Oleh itu kat dalam hutan, bukan semua gambar boleh dirakam. Berhati hatilah di jalanraya, supaya tak terlanggar hantu raya, nanti tak beraya.

Selasa, 11 Ogos 2009


Gambar salah satu spesies burung yang terdapat di Lata Jarum Hulu Dong
Gambar sebelah bawah pasukan menjejak bunga pakma Lata Jarum yang di ketuai oleh Prof. Dr. Jumaat Adam Ketua penyelidikan UKM Fakulti Sains Sekitar.