MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Selasa, 25 Ogos 2009

HUTAN LIPUR LATA JARUM HULU DONG RAUB PAHANG




BOLEHKAH LATA JARUM MENJADI KAWASAN REKREASI SIFAR SAMPAH ???




MENGENAI LATA JARUM MASA INI OGOS 2009


Lata Jarum 35 Km dari bandar Raub yang terletak di Hulu Dong dan 120 Km dari Kuala Lumpur pusat bandaraya Malaysia sangat mudah untuk sampai. Dahulu terbiar hampi 5 tahun tiada siapa nak peduli. Kini setelah di uruskan oleh Jabatan Perhutanan Daerah Raub dari Februari 2008 hingga kini telah di jenamakan semula sehingga membawa Menteri Pelancongan Malaysia melawat ke kawasan tersebut. Dengan itu, sebanyak satu juta peruntukan telah disediakan oleh Kementerian Pelancongan untuk memulih dan membina pelbagai kemudahan asas dan menjadikan Hutan Lipur Lata Jarum suatu kawasan rekreasi lestari yang terbaik di Semenanjung Malaysia. Dengan kedudukannya yang terletak di dalam Hutan Simpan Gunung Benum yang berada di aras 300 meter aras laut bersempadan dengan Hutan Simpan Hulu Dong di mana terdapat banyak spesies spesies untuk di lihat dan di kaji oleh warga negara Malaysia. Suatu perkara yang unitnya Lata Jarum Hulu Dong terdapat banyak spesies bunga pakma iaitu bunga terbesar didunia yang tidak pernah selesai akan kajiannya. Tambahan lagi terdapat kawasan gugup dimana sungainya hilang dibawah tanah beberapa kilometer jauhnya. Ada yang menyebutnya 'buta' bagi penduduk penduduk setempat. Kini dengan pelbagai kawasan yang unik yang terdapat di dalam hutan tropika malaysia berada di kawasan Lata Jarum untuk di lawati. Apa yang selalu dicari bagi pencinta alam, hutan, air terjun, jeram, anak sungai yang jernih, air yang dingin, pulau pulau ditengah sungai, bukit, denai, gugup, gunung, herba, pokok balak, pokok buah, tepus hutan, bunga, pepanjat, penumpang, bunga pakma, dan pelbagai lagi ada di persekitaran Lata Jarum Hulu Dong Raub. Kini saban hari pelawat dari serata tempat sering datang dan menghubungi dari masa kesemasa untuk berada di Lata Jarum. Bagi sesiapa yang tak berkira boleh menawarkan bayaran yang berpatutan untuk beriadah ke air terjun Lata Berembun, Lata Lembik, Gua Keling, air terjun jeriau Bukit Fraser dan denai denai Bukit Fraser. Untuk maklumat lebih lanjut datanglah ke pusat penerangan Lata Jarum Hulu Dong.


EKSPEDISI LATA JARUM SATU PERMULAAN


Sebahagian pemandangan tempat kami berekspedisi di hulu sungai Lata Jarum dan gambar bawah sebahagian anggota berekspedisi. Kami berlepas dari Lata Jarum jam 9.00 pagi dan sampai ke kawasan tempat nak bermalam jam 12.30 petang sebab banyak sangat nak ambil gambar. Anggota ekspedisi begitu teruja bila sampai ke kawasan tersebut melihat pandangan yang begitu cantik dimana kawasan hutan yang belum di usik lagi. Orang kata hutan dara. Emm, yang pergi pun dara dara lagi. keh keh keh... Malangnya kami terpaksa balik semula ke Lata Jarum dan sampai jam 8.00 malam oleh kerana sesuatu perkara yang tak dapat nak cerita. Walau macam mana pun mungkin lepas hari raya aidilfitri nanti ekspedisi ini akan disambung semula. insha'allah. Kalau sesiapa nak ikut bolehlah daftar kat pusat penerangan Lata Jarum Hulu Dong.

MENCARI TEPUS HUTAN DI GUNUNG HULU SEMANGKOK

Empat hari sebelum puasa, aku membawa seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia nak cari spesies tepus hutan serta seorang kaitangan ke kawasan hutan gunung ulu semangkok berhampiran gap bukit fraser. Spesies tersebut terakhir pernah dijumpai pada tahun 1907. Haru betul aku memikirkan nak cari spesies tu. Yang gelinya aku pun tak pernah naik gunung ulu semangkok tu. Maka aku pun bawalah ke kaki gunung tu mengikuti sebatang anak sungai yang tak pernah aku pergi juga. Jalan punya jalan kami menjumpai banyak kawasan air terjun yang cantik lagi bersih kawasannya seperti dijaga oleh seorang tukang kebun. Apa yang di cari tak jumpa. Yang jumpa kawasan air terjun yang cantik cantik lagi bersih. Maka aku pun mula merakam gambar seberapa banyak. Tampa di duga satu lembaga masuk dalam 'view' kamera aku semasa nak merakam gambar kat air terjun seperti kawasan gambar diatas. Aku pun buat tak tau aje dan terus merakam. Rupanya member dah sedap hati dan mengajak balik. Bila balik kerumah aku tak sabar nak 'download' gambar aku rakam tadi. Dah jangka semua gambar ada lembaga tersebut tak keluar atau tak jadi. Oleh itu kat dalam hutan, bukan semua gambar boleh dirakam. Berhati hatilah di jalanraya, supaya tak terlanggar hantu raya, nanti tak beraya.