MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 15 Julai 2013

PUSAT LATIHAN PEMBANGUNAN HUTAN BELIMBING KUANTAN PAHANG

 Ringkasannya PLPH - Lokasinya lebeh kurang 50 Kilometer dari Kuantan dimana telah wujud lebeh dari 35 tahun. Semua kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang akan menerima latihan kerja mereka disini dari mula menjawat jawatan hingga kepencen. Keluasan kawasan dianggarkan lebeh daripada 10 ha yang dibangunkan tidak termasuk kawasan berhutan.

 Tenaga pengajar yang melatih kakitangan pada ketika dulu (1980an) terdiri dari Pengawas Hutan Tingkatan Biasa yang dihantar berkursus di Institiut Tadbir Negara Kemaman Terengganu dan kini telah diambil peranan oleh Renger Hutan Tingkatan Biasa/Kanan dan Tertinggi.

 Tenaga kerja yang terdapat di PLPH ini lebeh kurang 22 orang daripada pelbagai jawatan dari Pengetua Latihan daripada Pegawai Pemeliharaan Hutan, Timbalan Pengetua dari Penolong Pegawai Pemeliharaan Hutan, Kakitangan Pentadbiran seperti Perkeranian, Pembantu Pejabat, Pemandu dan Pengawal Keselamatan. Sementara kakitangan Pegawai Pengajar terdiri dari Renjer Hutan Tingkatan Biasa, Pengawas Hutan Tingkatan Biasa/Kanan dan dibantu oleh Pekerja Awam Khas. Semua mereka ditempat di kuarters yang disediakan di PLPH.


 Asrama peserta kursus seperti apartment serta pelbagai kemudahan yang terkini turut tersedia. Walau bagaimana pun, penambah baikan sangat diperlukan kemudahan talian talipon, internet, peralatan riadah (dulu lengkap peralatan gymnasium, tapi entah kemana) serta kenderaan kursus yang perlu penambah baikan disebabkan sangat uzur. Suatu ketika bas PLPH ini pernah menjadi kontravesi pembeliannya. Pada pandangan, kalau injin ditukar baru (injin recond) serta alat penghawa dinginnya dibaiki semula, sudah boleh digunakan semula yang mana akan memudahkan peserta kursus membuat kerja luar serta melambangkan imej PLPH itu sendiri. Mengapa macam tiada perhatian akan perkara tersebut. Ada kemungkinan jawapannya peruntukkan atau tiada laporan. Sayang seribu kali sayang jika semua kemudahan terkini yang ada di PLPH tidak disempurnakan semula.

 Taman permainan untuk kemudahan penduduk kuarters sangat baik sekali kelihatannya.

 Pemandangan dari jalan turun kuarters menghala pintu pagar keluar PLPH terurus dan terpelihara oleh kakitangan menyelenggara namun jika diwarnakan semula benteng kaki jalan tersebut nampak lebeh indah.

 Dari tahun 80an aku berkursus disini, itulah Pejabat PLPH dan jika dibina pusat pentadbiran yang baru dan terkini mungkin menambah semangat yang tinggi kakitangan yang bertugas disini.

Ini adalah dewan kuliah peserta kursus yang terkini dengan kelengkapan berseminar dan cuma tiada peralatan audio sistem yang terkini sahaja. Yang ada cuma yang biasa saja.



 Peserta kursus lazimnya akan berjalan kaki keluar kawasan PLPH untuk menjalankan latihan kerja luar didalam hutan berhampiran. Jika ada latihan kerja luar yang agak jauh mungkin mengunakan kenderaan pacuan empat roda yang sedia ada dan lori serta van. Apa pun kakitangan Jabatan Hutan sudah biasa dengan kesukaran dalam menjalankan tugas sepanjang kerjaya mereka. Mereka tahu kalau merungut tak akan kemana malah mendatangkan kemurkaan pihak-pihak tertentu.


Sudah menjadi kelaziman sebelum menjalankan kerja luar akan berkumpul untuk diberikan taklimat oleh jurulatih kursus mengenai aspek kerja, peralatan kerja yang diperlukan serta tenaga kerja berpasukan yang mengikut standard mempunyai lapan orang satu kumpulan. Kakitangannya menjalankan tugas dengan budaya kerja berpasukan dari dulu hingga kini seramai sembilan orang termasuk pemandu kenderaan.

Tiada ulasan: