MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Selasa, 26 April 2011

CHiMP CAMERON HIGHLANDS MOUNTANE PARK

 April 4 baru-baru ini Timbalan Pengarah Perhutanan Pahang serta lain-lain pegawai kanan perhutanan melakukan lawatan ke Cameron Highlands untuk melihat perkembangan kawasan-kawasan yang telah dibangunkannya.

Antara kawasan yang telah dilawati seperti Hutan Lumut dipuncak Berincang, Puncak Arabella, Parit Fall serta Taman Flora Gunung yang pertama di Malaysia.
 Hasil dari lawatan tersebut Timbalan Pengarah ingin memberi perhatian yang sewajarnya pada Taman Flora Gunung yang terdapat di Parit Fall dan menghidupkan kembali kumpulan kerja CHiMP bagi tujuan pemuliharaan taman tersebut.

Beliau juga nampak berpuas hati diatas pembinaan bangunan dipuncak Arabella sebagai rumah persinggahan Jabatan Perhutanan yang julung kali wujud di Cameron Highlands.
 Dengan terbinanya Taman Flora Gunung Cameron Highlands sejak 2007 dan selepas itu taman tersebut agak kurang diberi perhatian akan diberi nafas baru bagi merealisasikan objektifnya.

Jika segalanya berjalan lancar, insya'allah Jabatan Perhutanan Pahang akan menuju kearah Pengurusan Terunggul di dunia dalam pemuliharaan Alam Sekitar.
 Tinjauan di puncak Arabella dengan pemandangan yang indah serta cuaca yang menyenjukan memungkinkan Tuan Hj. Khalim berpuas hati dengan pembangunan yang telah dilakukan dipuncak tersebut.

Jika tidak menjadi massalah, tidak beberapa lama lagi bangunan yang telah disiapkan tersebut akan dapat digunakan oleh warga perhutanan.
 Inilah bangunan yang berada dipuncak Arabella yang bakal diguna pakai oleh warga perhutanan.

Bangunan yang mempunyai lima bilik dan segala kemudahan asas itu amat menyelesakan sekali.

Lokasi bangunan ini terletak didalam Hutan Simpan dan bersebelahan taman perumahan Arabella.
Turut dilawati jambatan gantung di Parit Fall sambil melihat aliran sungai dan air terjun Robinson Fall yang terdapat disitu.

Beliau amat terkejut beruk melihat pencemaran dari ladang-ladang yang mana perlu dilakukan sesuatu untuk mengatasi pencemaran dari ladang-ladang pertanian tersebut.

Rombongan yang turut disertai Unit Kejuteraan Perhutanan bersedia melakukan tindakan untuk masaalah tersebut.

MOSES FOREST

 Hutan Lumut (Moses Forest) di Cameron Highlands yang terletak dipuncak Gunung Berincang sangat popular bagi pencinta alam sekitar dan hutan gunung.

Terletak 6666 meter dari aras laut menjanjikan pemandangan yang sungguh indah dan pengunjung dapat melihat lantai-lantai hutan yang dipenuhi dengan lumut serta pelbagai spesies hutan gunung.

Spesies yang dominan bagi hutan gunung seperti rododendron dan periuk kera bertaburan hidup disini.
 Dengan pandangan yang indah dipelantar pejalan kaki disini mendamaikan fikiran dan jiwa pengunjung.

Sesungguhnya pemandangan yang sebegini menjadi terapi diri yang sering kali disaluti kesibukan dan tekanan.

Cuaca yang seringkali berkabus dan juga berangin membuatkan pengunjung amat kesejukan semasa berada disini.

Jangan lupa membawa baju panas semasa berada disini.
 Pemantauan dari kakitangan jabatan perhutanan seringkali berada disini untuk memastikan kawasan ini terpelihara dan dalam keadaan yang selamat untuk dikunjungi pengunjung.

"Board walk" sepanjang 200 meter untuk bersiar-siaran sudah memandai untuk melihat persekitaran yang menghijau disamping berada dipuncak gunung yang berhawa sejuk.


Kabus yang seringkali terdapat disini adakalanya amat tebal hingga menutup pandangan walaupun dengan jarak satu meter.

Pada hujung-hujung minggu sering juga pengunjung berkhemah dan bermalam disini untuk mendapatkan pengalaman bermalam dipuncak gunung Berincang.

Walau bagaimana pun, pengunjung-pengunjung tempatan tidak menunjukan sikap berhemah dengan membuang sampah merata-rata hinggakan mencacatkan pandangan disini.

CASABRINA VILLA & SPA

 Pemandangan Hutan Simpan dan juga kawasan pertanian yang dapat dilihat dipuncak Casabrina Villa.

Dengan pandangan kehijauan sebegini menambah nilai yang cukup tinggi disamping udaranya yang begitu nyaman sekali serta persekitarannya yang amat privasi.

Kawasan ini dikawal 24 jam oleh pengawal keselamatan dan sebahagian pengunjung kesini menaiki helicopter.
 Pemandangan hadapan villa utama yang terdapat di Casabrina Villa & SPA ini.

Tanaman landskap yang dijaga dengan rapi menambahkan tarikan pengunjung kesini.

Lokasi yang indah ini hanya satu jam setengah saja dari Kuala Lumpur dan akan melalui bandar Bentong.

Terletak dijalan Bentong lama yang mana jalan menuju kebandar Raub.
 Aku sedang berbual-bual dengan Mr. Felix Tee mengenai potensi kawasan seluas tujuh puluh ekar yang dimilikinya serta eko-pelancongan yang terdapat dipersekitarannya.

Konsep yang ingin dibawa Casabrina Villa ini disamping santai berasaskan alam semulajadi yang mana akan dibawa dari sini kekawasan yang telah ditentukan oleh Casabrina Villa.
 Mr. Felix Tee pemilik Casabrina Villa & SPA ini sangat berbangga dengan apa yang telah diusahakannya.

Pada mulanya vilaa ini diduduki oleh ahli keluarganya sahaja dan selalu menggadakan jamuan untuk ahli-ahli keluarga serta rakan-rakan perniagaannya.

Kini setelah beliau mengenal pasti potensi kawasannya boleh dijadikan destinasi pelancongan yang berpretasi tinggi, beliau bercadang membina sembilan villa lagi untuk menampung pengunjung yang bertandang kesini nanti.
Semuanya berkonsepkan Bali dan nama-nama villa yang terdapat disini pun bertema Bali.

Pembinaan villa dilakukan oleh tukang kayu dari Bali yang dibawa khas oleh pemilik villa ini Mr. Felix Tee.

Kayu kayan pun diimport khas dari Bali Indonesia.
 Kolam renang yang dikawal dengan komputer amat menarik sekali disini untuk bersantai kerana kawasan ini untuk golongan elite sahaja yang mana sangat privasi sekali.

Bayaran untuk satu malam mencecah ribuan ringgit dan jika anda berminat sila layari laman webnya www.casabrina.net
 Jika berminat untuk melihat burung-burung liar bonokular disediakan dianjung balai makan bila-bila masa.

Terdapat kawasan berhutan seluas 25 ekar disebelahan villa untuk mencuci mata setiap masa dan terdapat pelbagai haiwan liar disana. Jika bernasib baik bolehlah melihat rusa, kancil dan lain-lain.
Spesies teratai yang dibawa dari Amerika Selatan. Tasik mini ini terletak berhampiran helipad.

KUALA GANDAH ELEPHANT SANTUARY

 Salah satu destinasi pelancongan yang sangat popular di Pahang bermain dengan gajah di Kuala Gandah Temerloh dibawah pengurusan PERHILITAN.

Dari Kuala Lumpur kesini lebeh kurang 2 jam perjalanan dengan menaiki kereta, teksi atau melalui syarikat pelancongan.

Kawasan ini terletak dalam hutan simpan margas tua (PERHILITAN) dengan kompleks yang baru.
 Pintu masuk kekawasan pemeliharaan gajah dengan lambang ganding gajah yang juga lambang negeri Pahang.
Terdapat 22 ekor gajah ditempatkan disini untuk pemeliharaan dan pemuliharaan serta memberi peluang orang ramai bermain-main dengan gajah.

Aktiviti-aktiviti seperti menunggang dan mandi-manda dengan gajah dikawal selia oleh kakitangan PERHILITAN dengan sepenuhnya.

Bayaran untuk tujuan tersebut dikenakan berpatutan.
 Seronok dapat menunggang gajah.
 Ramai pelancong tempatan dan luar negara berkunjung kesini setiap masa.
Acara mandi bersama gajah amat digilai oleh pelancong. Untuk aktiviti tersebut peserta diminta memakai pakaian mandi atau yang sesuai.
Untuk aktiviti mandi bersama gajah, terpaksalah menunggu giliran jika terlalu ramai.