MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Rabu, 9 Disember 2009

KERJA-KERJA NAIK TARAF LATA JARUM AKAN DILAKSANAKAN

Menurut kenyataan Unit Kejuruteraan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, peruntukan sebanyak RM 500,000.00 akan digunakan sepenuhnya menaik taraf infrastruktur yang sedia ada di Lata Jarum. Kerja-kerja akan dimulakan pada 15 Dec 2009 ini dan dijangka siap pada Mac 2010.

Dengan sempurnanya kerja-kerja naik taraf itu nanti akan memberi kemudahan pada program-program yang dijalankan di Lata Jarum. Apa yang diharapkan, bukan saja pemulihan infrastruktur akan disempurnakan, namun diharapkan juga pada lain-lain kemudahan asas seperti peralatan pengurusan serta peralatan tempat penginapan.

Insha'allah, dengan segala kemudahan yang diberikan pada Pusat Penerangan Hutan Lipur Lata Jarum Jabatan Perhutanan Raub akan menjadikan satu kawasan hutan lipur yang berimej tinggi, bukan saja untuk rekreasi, namun sebagai pusat penyelidikan serta eko-pelancongan.

Tidak lupa merakamkan jutaan terima kasih pada pihak UKM Bangi terutamanya Prof. Dr. Jumaat Adam serta semua pegawai-pegawai beliau dan seterusnya pihak pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Pahang, khususnya Pegawai Hutan Daerah Raub Tuan Hj. Zulkfakar yang banyak berusaha perancangan naik taraf Lata Jarum.

Setinggi tinggi penghargaan kepada Y. Bhg. Dato' Seri Ng Yan Yan Menteri Pelancongan Malaysia sudi melawat Lata Jarum serta bermurah hati memberikan peruntukan menaik taraf Lata Jarum. Diharap akan datang lagi tahun hadapan seperti beliau janjikan.

Tiada ulasan: