LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE

LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE
FORESTERS HERE

Sabtu, 2 Januari 2010

BERITA TERKINI

Penolong Pegawai Hutan Daerah Raub En. Yusof bin Shafie yang bertugas di Pejabat Hutan Kecil Cameron Highlands telah meninggal dunia jam 11 malam (2 Jan 2010 Sabtu) di kampung beliau di Ulu Cheka Jerantut. Saya mengucapkan takziah pada ahli keluarga dan semoga roh beliau ditempatkan bersama sama para solihin. Allahyarham pernah bertugas di Ibu Pejabat Perhutanan Johor Bahru, Pulau Pinang dan bertukar ke Pejabat Hutan Daerah Raub & Cameron Highlands. Beliau sepatutnya telah bertukar dan menangguh akibat sakit. Allahyarham dipercayai akan dikebumikan pada hari esok (3 Jan 2010) di kampung Ulu Cheka Jerantut.

Sehubungan dengan itu salah seorang anggota jurulatih kadet polis UiTM yang menjalankan program di Lata Jarum pada 28 Dec 2009 hingga 2 Jan 2010 baru baru ini telah meninggal dunia di Hospital Raub setelah tiba tiba tumbang di Lata Jarum pada hari ketibaan allahyarham pada 26 Dec 2009. Allahyarham dipercayai menghidap sakit jantung. Takziah pada keluarga allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan bersama sama para solihin.

Tiada ulasan: