MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Rabu, 13 Januari 2010

LAWATAN SEKEJAP YANG BERMAKNA

Petang 13 Jan Rabu lebih kurang jam 5.30 petang empat buah kenderaan besar besar yang dinaiki sekumpulan pegawai-pegawai pelancongan negeri Pahang serta pelbagai pihak media dan dari Genting Highlands tiba di Lata Jarum mengadakan lawatan sambil meninjau kerja-kerja naik taraf yang sedang dijalankan kini. Menurut salah seorang pegawai pelancongan tersebut yang saya difahamkan, lawatan ke pelbagai destinasi pelancongan termasuk Lata Jarum untuk dibawa ke kabinet. Apakah maksudnya dibawa ke kabinet. Harapnya tidak ke dalam almari kabinet. Jika ke jemaah menteri kabinet dan Lata Jarum termasuk dalam senarai kawasan pelancongan nanti, apakah relevan hanya tiga kakitangan jabatan perhutanan ditugaskan disitu dengan tiada elaun lebih masa dan elaun bermalam yang dihadkan cuma tiga ke lima malam saja. Diharap pihak pelancongan tidak hanya memikirkan kawasan pelancongan yang terbaik tapi ambil lah kira sekali kebajikan tenaga kerja yang mengendalikan. Apa salahnya pihak pelancongan memberi insentif pada kakitangan perhutanan sikit yang bertugas di hutan lipur seluruh negara. Contohnya dengan memberi kursus pengurusan eko-pelancongan, pemandu pelancongan, bahasa inggeris, komunikasi, denai hutan, lawatan sambil belajar dan apa-apa lagi yang bersesuaian dengan objektif eko-pelancongan. Kalaulah ini dilakukan pihak pelancongan pada kakitangan perhutanan di hutan lipur, saya berani potong telinga le ramai nak bertugas di hutan lipur dari mengejar kerja kat unit operasi dan penguatkuasaan. Alamak, lupa pulak nak ambil gambar mereka masa sampai tu. Maklumlah orang utan kena temuramah... he he he....

2 ulasan:

Zaidee Ismail berkata...

Salam... saya suka lata jarum. Namun amat kecewa dengan persekitarannya yang sangat kotor (kali terakhir ke sana Oct 2009) dengan sampah sarap dan lanskap yang terbiar. Tabiat pengunjung yang suka membuang sampah merata-rata men'cacat'kan tempat yang indah ini. Diharap dengan penambahbaikan yang dibuat membolehkan tempat ini diselenggara dengan baik dan pihak pentadbir dapat memikirkan mechanism yang boleh diambil untuk memberikan kesedaran kepada pengunjung menjaga kebersihan Lata Jarum.

Sekian,
Zaidee Ismail

Ungu Izz Khan berkata...

salam...

saya jumpa blog ni masa search di google untuk mencari makna 'agathis'. Blog ni menarik untuk diikuti... :-)