MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 30 Ogos 2010

MEMERANGI SAMPAH

Sebahagian tong sampah simenfero yang disediakan oleh pengurusan Lata Jarum


Sebagai usaha kempen sampah sifar di Hutan Lipur Lata Jarum pihak pengurusan menambah bilangan tong sampah yang sedia ada sebanyak sepuluh biji lagi. Tong sampah simenfero ini akan diletakan dibeberapa tempat yang strategi untuk memudahkan pengujung membuang sampah sarap. Oleh yang demikian, keseluruhan tong sampah yang sedemikian telah disediakan berjumlah dua puluh biji dikeseluruhan Hutan Lipur Lata Jarum.Tong sampah ini apabila diletakkan akan disimen supaya tiada anasir yang gatal kaki & tangan menyepaknya kedalam sungai atau menghumbannya kedalam lurah.

Pihak pengurusan Hutan Lipur Lata Jarum memohon kerjasama orang ramai supaya dapat membendung gejala merosakkan tong sampah serta membuang sampah merata-rata hingga kedalam sungai dikawasan Lata Jarum. Jika sampah sarap dapat dibendung sama sekali, virus kencing tikus mungkin tidak wujud sama sekali...

Tiada ulasan: