MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 18 Oktober 2010

LATA JARUM TERUS MENJADI MINAT UNTUK BERAKTIVITI

9-10 Okt 2010 Pelajar-pelajar dari fakulti Arkitek & Landskap Universiti Islam Antarabangsa Gombak yang menjalankan aktiviti dikawasan berhutan Lata Jarum.

Menurut kehendak penyarah pelajar tersebut Dr. Rashidi inginkan kelainan di Lata Jarum tidak seperti dilain lain lokasi yang pernah dilawati.

Aktiviti yang dimaksudkan meredah sungai sepanjang 800 meter yang mana pelajar dapat menikmati suasana alam landskap semuladi disepanjang sungai tersebut dengan pelbagai tumbuhan liar yang berpokok mau pun yang renek. Disamping itu juga dapat melihat spesies ekuatik yang terdapat dipersekitaran sungai yang penuh berbatu.

Semoga aktiviti meredah sungai tersebut dapat memberi manfaat yang berguna pada para pelajar berkaitan jurusan yang dipelajari serta praktikal.

Walau apa pun pengalaman sehari meredah sungai di Lata Jarum bukanlah amalan praktikal yang menjuruskan kajian mendalam dalam segala aspek landskap semulajadi arkitektual.

Apa pun jua, aktiviti tersebut satu pendedahan merangkumi pelbagai aspek untuk diterapkan pada pelajar seperti menghayati kesukaran meredah hutan, melalui sungai yang berjeram, semangat kerjasama, mengiratkan siratulrahim, ketahanan mental dan fizikal.

Bagaimana pun Dr. Rashidi lebeh mengetahui apa objektif sebenarnya yang di inginkan untuk para pelajarnya.

Wallah'hualam....

1 ulasan:

muhammadshahidan berkata...

Rindu nak meredah sungai kat sini...
InsyaAllah kalau ada masa saya akan datang buat aktiviti kat sini.