MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Sabtu, 9 Oktober 2010

SELEPAS HARI RAYA MELETUP LAGI

Pada bulan puasa yang lepas kesunyian Lata Jarum sangat terasa disebabkan tiada aktiviti dijalankan. Saya ingat selepas hari raya pun mungkin masih tiada aktiviti dan boleh lah berehat-rehat atau buat kerja yang sepatutnya.

Namun sangkaan saya meleset sama sekali apabila serangan bertalu-talu dari pelbagai pihak menjalankan aktiviti.

Masalahnya saya tiada pembantu yang betul-betul berminat. Setiap masa kedatangan pelbagai pihak saya terpaksa menguruskan keseorangan diri. 

Namun begitu saya agak selesa sedikit apabila kumpulan pelajar-pelajar dari universiti mempunyai pembantu dari kalangan pelajar master dan beberapa kakitangan.

Saya sangat mengalu-alukan sukarelewan dari mana-mana untuk membantu jika ada.

Tiada ulasan: