LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE

LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE
FORESTERS HERE

Selasa, 20 September 2011

TATACARA MENAMAKAN TUMBUHAN

Ramai yang tidak kisah sangat bagaimana nama-nama pokok diberikan dan mempunyai keluarga2 pulak.

Disini diberikan sedikit bagaimana tumbuh tumbuhan diberikan nama dengan apa yang aku tau.

Apabila sesuatu tumbuhan dijumpai dimana mana pun, mestilah dikenal pasti terlebeh dulu dengan pakar2 atau melalui bahan2 rujukan yang sedia ada yang mana banyak dihasilkan oleh para penyelidik terdahulu.

Selepas itu, kalau hendak diberikan nama baru pada tumbuhan tersebut hendaklah mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kod Antarabangsa Tatanama Botani (International Code of Botanical Nomenclature - ICBN ) berdasarkan sistem binomial (Latin: bis - 2 kali; nomen - nama) ciptaan Linnaeus.

Pemberian nama spesies dengan singkatannya sp. (spp. lebeh pada satu), akan dikumpulkan dalam genus pula.

Genus ialah tumbuhan yang macam sama dengan tumbuhan2 yang lain sifatnya dan dikelompokkan keluarga pulak (Family).

Nama2 keluarga biasa kita sebut diakhiri dengan aceae, contohnya Dipterocarpaceae. Tapi ada juga terkecuali pada sesetengah tumbuhan seperti Leguminosae, Coniferae dan Palmae yang diakhiri ae.

Apabila disusun begitu dengan siri menaik yang bertambah disebut sistem hierarki.

Contoh mudah dengan tatanama seperti sentang (Azadirachta excelsa) yang dikelaskan macam ini:

Famili               :      Meliaceae
Subfamili          :      Meliodeae
Tribus              :      Melieae
Genus              :      Azadirachta
Spesies            :      Azadirachta excelsa

Kebiasaan nama botani pokok.

Biasanya digunakan nama nama latin atau Greek (Yunani). Sebabnya bahasa utama dunia pada abad ke-17 semasa pengelasan ilmu tumbuh tumbuhan mula sekali dilakukan.

2 ulasan:

✿Aisyah Tan Peggie✿ berkata...

xkisahla.. saya nak periuk kera nak bela kat balcony saya yg takde matahari leh x? hehe ^^

Mohd Shukri berkata...

spesies periuk kera liar byk dihutan, kalau nak senang byk dipasaran di kedai2 bunga atau nursery mana2 sekitar kay ell. Kalau di Cameron Highlands byk dijual dimana2 disana.