Lawatan yang sungguh bermakna bagi Hutan Lipur Lata Jarum pada hari ini dengan ketibaan En. Rosilan Penolong Pengarah dan Renjer Za'aba dari Unit Hutan Lipur Negeri Pahang. Lawatan tersebut sebenarnya meraikan beberapa kakitangan UKM membuat tinjauan untuk mengadakan Seminar & Bengkel Pendedahan Potensi Eko-Pelancongan yang akan diadakan pada 27 Disember 2011.Mesyuarat ringkas juga telah diadakan di Pusat Penerangan Lata Jarum bersama Ketua-ketua Kampung serta Penghulu Ulu Dong.
Selepas mesyuarat dan tinjauan oleh pihak UKM beberapa sesi perbincangan dengan pihak Lata Jarum telah diadakan pula dengan sepenuhnya bersama En. Rosilan serta Renjer Za'aba. Pelbagai perkara telah dibincangkan dengan progres sekali dan mendapat perhatian yang sewajarnya dari En. Rosilan. Pihak Lata Jarum mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian dapat berbincang tentang pelbagai perkara berbangkit dan diharap En. Rosilan tidak menghampakan dengan segala keperluan yang telah dinyatakan dengan disaksikan oleh Renjer Za'aba.
Gambar di atas menunjukan bunga pakma yang masih belum berkembang. Mungkin beberapa hari lagi akan kembanglah tu. "Tuan tak bernasib baik, bunga takde yang kembang pulak....." apa pun, terima kasih sudi melawat kawasan Rafflesia Lata Jarum.
1 ulasan:
hebat..
Catat Ulasan