LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE

LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE
FORESTERS HERE

Selasa, 6 Disember 2011

PUSPEN SUNGAI RUAN TERUS MEMILIH LATA JARUM ADAKAN PROGRAM

Ini bukanlah kali pertama mereka menggadakan program disini. Dalam tahun 2011 ini saja sudah tiga kali menggadakan program seumpama ini di Lata Jarum.

Mengapa mereka berminat dengan Lata Jarum ???
Menurut pegawai-pegawai yang mengiringi pelatih-pelatih tersebut disebabkan keadaan kawasan tempat yang nyaman, tenteram dan berhawa sejuk. Kawasan yang agak berjauhan dengan kawasan penduduk kampung juga menjadi faktor pemilihan dilakukan supaya tidak menggangu dan diganggu.

Program yang berterusan pihak PUSPEN disini nampaknya ada impaknya pada pelatih. Siapa tahu tempat seumpama ini mungkin ada keserasiannya untuk motivasi insan yang tiada siapa tahu untuk merungkaikannya. Sayang, orang tempatan tidak endahkan perkara sebegini yang mana mungkin sebab tempat mereka dari lahir lagi atau berfikiran, apa untungnya aku tempat sebegini. Semuanya tempat aku, tak kisahlah. Mungkin itu yang berada dipemikiran orang-orang tempatan. Bagaimana dengan orang jabatan hutan ??? Hissh.....tak untung langsung duduk kerja di Lata Jarum. Baik aku duduk dekat pejabat renj. Boleh jugak jumpa tokey balak......hahahaha mentaliti dulu kini dan selama-lamanya orang jabatan hutan kot. Apa pun aku seronok disini. Namun apakah ada titiknya nanti, maklumlah, aku yang menurut perintah.....hahahaha

Tiada ulasan: