MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Ahad, 29 Julai 2012

BENGKEL BLOGGER PAHANG TOURISM

 Julungkalinya aku menghadiri program yang dianjurkan olih Tourism Pahang atau pun lebih dikenali sebagai Perbadanan Kemajuan Bukit Fraser PKBF bertempat di MS Garden Hotel yang berlangsung pada 28 Julai 2012. Sebenarnya aku menghadiri diatas Tuah Travel & Tour Kuala Lipis yang mana aku sebagai cosultant aktivitinya secara sambilan. Bengkel tersebut di pengerusikan olih YB Dato' Haji Shaufiq Fauzan Exco Pelancongan Pahang yang juga pengerusi PKBF. Turut hadir Datuk Hanafiah Pengurus PKBF serta timbalannya En. Ishak. Juga turut hadir Datuk Hashim Pengurus Lembaga Pembangunan Pulau Tioman dan lain-lain kakitangan Tourism Pahang serta Pejabat Kementerian Pelancongan Pahang.

 Objektif bengkel tersebut mengumpulkan Blogger yang berkaitan pelancongan khususnya di negeri Pahang. Taklimat disampaikan En. Mohd Khairul Azizi CEO Secretab Media dan En. Azhar pensyarah IKIP International Pahang. Turut berkongsi maklumat olih Cik Wan Fatin Suhana atau lebih dikenali sebagai fatinsuhana seorang blogger yang aktif. Pelbagai perkara mengenai blog telah disampaikan untuk dimanfaatkan olih para blogger yang hadir.

 Selesai sesi perkongsian ilmu YB Dato' Shaufiq Fauzan serta para ahli panel bengkel mengupas dan mengulung pengisian bengkel serta membuka ruang dialog dengan para peserta yang mana banyak perkara yang diutarakan bagi arah hala tuju objektif bengkel tersebut.

 Kesempatan diambil olih para peserta bengkel mengabdikan diri bergambar sebagai kenang kenangan bersama YB Dato' Shaufiq Fauzan untuk menterjemahkan secara tidak langsung bahawa program tersebut mencapai sukses dan mempunyai hala tuju bagi kepentingan Tourism Pahang dan juga para blogger.


 Majlis berbuka puasa disambut dengan meriah sekali bersama YB Dato' Shaufiq Fauzan serta para pegawai Tourism Pahang dengan makanan yang begitu enak dan lazat sekali. Terima kasih Tourism Pahang dengan penganjuran yang profesional untuk para blogger.


Penginapan yang disediakan olih Tourism Pahang pun sungguh selesa sekali untuk para peserta yang hadir dari jauh. Terima kasih diatas segala galanya semoga program yang seumpama tersebut berulang lagi bagi kemajuan pelancongan Pahang serta imej Tourism Pahang.

Tiada ulasan: