MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Sabtu, 3 November 2012

WAJAH LATA JARUM KINI

 Musim hutan sudah tiba. Sudah tentu air sungai naik. Kepala air sudah biasa di hulu sungai. Hati hati ketika mandi di kawasan hulu sungai didalam hutan. Bolih akibat nyawa melayang. Di Lata Jarum adalah kawasan di hulu sungai di Ulu Dong Raub. Namun jika airnya naik sebelah pagi, disebelah petang seperti sedia kala semula. Begitulah adanya.

 Pusat Penerangan Hutan Lipur Lata Jarum sentiasa menjadi perhatian untuk urusan program dari pelbagai pihak. Adalah lebih baik datang melawat sebelum program nak buat disini. Lata Jarum masih daif kemudahan asasnya seperti kelengkapan bilik penginapan, tiada sistem siar raya, Bilik air kurang mencukupi untuk peserta berskala besar, sistem airnya dari graviti yang mana bila air naik akan menggangu bekalan, peralatan kecemasan dan kemudahan keselamatan. Harap akan bertambah baik suatu hari nanti.

Inilah halaman induk Lata Jarum yang terdapat Pejabat pengurusan serta Pusat Penerangan dan juga astaka untuk pelbagai aktiviti dan juga rumah pelawat yang paling selesa untuk inapan 20 orang. Namun pernah di inapi seramai 60 orang. Walau apa pun tema Lata Jarum ini untuk perkhemahan saja. Tapi tapak perkhemahan yang khusus tidak ada. Bolihlah nak berkhemah mana-mana tempat yang agak sesuai seperti adanya.

Selamat Datang ke Lata Jarum dan terima kasih atas kesudian.

Tiada ulasan: