MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 2 Mac 2015

KEPERLUAN AIR YANG SESUAI UNTUK TUBUH


Setiap hari kita melakukan pelbagai aktiviti yang mana sudah pasti mengeluarkan tenaga yang banyak. Tambah pula kalau aktiviti yang dijalankan tersebut dijalankan didalam hutan yang mana memerlukan cabaran yang pelbagai.

Bila semua anggota badan aktif, sudah pasti banyak makanan diperlukan untuk tenaga.

Salah satu pemakanan yang sangat diperlukan sekali adalah air. 70% sumber yang diperlukan badan adalah air.

Adakah kita selalu menitik beratkan kualiti air yang diminum setiap masa.

Amat dipercayai dan yakin sekali bahawa semua orang memerlukan air yang berkualiti untuk diminum dan lazimnya didalam minda sesiapa pun adalah air yang bersih dan selamat diminum.

Namun tidak ramai yang benar-benar meniliti kualiti air yang diminum adalah yang sesuai untuk tubuh badan disamping air yang berkualiti bukan saja menghilangkan dahaga, malah lebih dari itu seperti mencegah pelbagai penyakit, awet muda, mencantikan kulit, menyegarkan tubuh dan kulit serta bolih merawat pelbagai penyakit yang ada...In Shaa Allah.

Memang segala yang ada dari Allah SWT baik soal hidup mati, penyakit, sihat, rezeki, tanah kubur, jodoh pertemuan dan sebagainya.

Apa pun ikhtiar dan usaha dalam semua perkara amat dituntut sehingga keakhir hayat dalam pencarian ilmu sehingga mampu yang bolih.

Olih yang demikian, biarlah apa yang kita makan adalah yang benar-benar bermanfaat pada tubuh badan agar terus sihat wa'alfiat membolihkan anggota memperkasakan amal ibadat, ekonomi, keluarga, amal jariah, berjihad dan sebagainya seperti tuntutan agama.


Tiada ulasan: