MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Ahad, 3 Januari 2010

LATA JARUM DITUTUP SEMENTARA WAKTU

Sehingga bulan April 2010 kawasan Lata Jarum sedang proses kerja-kerja naik taraf. Oleh yang demikian semua aktiviti-aktiviti program yang berskala besar tidak dapat dijalankan bagi memberi laluan pada kerja-kerja naik taraf oleh pihak kontraktor yang dilantik Jabatan Perhutanan Negeri Pahang. Semua kemudahan yang ada terlibat dengan kerja-kerja tersebut.

Bagaimanapun, bagi aktiviti-aktiviti rekreasi seperti berkelah dan mandi manda dibolehkan. Bagi yang ingin bermalam di Lata Jarum dicadangkan menyewa chalet yang berhampiran Lata Jarum yang mana kadar sewanya yang berpatutan. Tiga buah pengusaha chalet di Ulu Dong berhampiran Lata Jarum seperti chalet Hj. Mustafa, Pulau Chekas dan Lubuk Semak.

Pihak pengurusan Lata Jarum memohon maaf diatas menghalang hajat pengunjung yang ingin bermalam di Lata Jarum untuk sementara waktu aje. Nanti setelah kerja-kerja naik taraf selesai nanti, nak berguling guling siang malam pun tak apa.

Pada para penyelidik dari Intitiut Pengajian Tinggi dalam skala kecil seperti kurang dari lima orang boleh diberi pertimbangan. Oleh yang demikian sila hubungi Pegawai Hutan Daerah Raub atau pertanyaan pada pegawai unit hutan lipur Lata Jarum.

Tiada ulasan: