MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Selasa, 5 Januari 2010

LAWATAN KAKITANGAN LATA JARUM KE TERENGGANU MENGGIKUTI UKM



Kompleks Warisan yang begitu menarik di Kuala Terengganu sedang baru dibuka pada orang ramai dengan binaan yang begitu menitik beratkan warisan Terengganu dan banyak pakaian bercorakkan batik dipasarkan disini. Harga pun bolih tahan menariknya seperti kompleksnya juga.





Pasar Payang yang begitu terkenal tidak lama lagi akan dirobohkan dan digantikan dengan kompleks baru mengikut cerita peniaga-peniaga disitu.




Pelawat yang selalu bergaya dikawasan hadapan kompleks masjid kristal Kuala Terengganu.




Menemuramah salah seorang petugas di kompleks Temadun Islam Kuala Terengganu. Emm oghang tengganu kita memang terkenal manis manis.




Bersantai di pantai batu buruk tengah malam menghilangkan keletihan sambil meninjau pengunjung dan beberapa perkara berkaitan kawasan rekreasi.




Kumpulan yang menggadakan lawatan kajian ke Terengganu 24-27 Dec 09. Terima kasih Siti Tafsir MasNora serta keluarga diatas layanan yang tidak terbalas dan segala galanya.




Prof. Dr. Jumaat Adam bersama kakitangan Jabatan Perhutanan Terengganu melakukan tinjauan menjejak Rafflesia di Hutan Simpan Kecing Setiu Terengganu. Banyak akar perumah ditemui disatu kawasan sungai, namun tiada bukti pertumbuhan spesies tersebut ditemui. Mengikut maklumat kakitangan Perhutanan Terengganu pernah menemui spesies tersebut disana satu ketika dahulu.




Terdapat kolam dan air terjun kecil yang menghijau ketika menyusuri sungai menjejak Rafflesia. Sungguh cantik dan rasa nak mandi pada ketika tu, tapi lupa pulak bawak bikini. Malu kat member nak mandi tarzan.




Hari ketiga melawat bandar Kuala Terengganu meninjau kawasan Landskap hingga sampai melewati kompleks tamadun islam Terengganu. Hebat Terengganu kita.




Meninjau kawasan replika masjid seluruh dunia. Masuk dikenakan bayaran dan dapat passpot seperti keluar negara. Masuk dicop dan keluar dicopkan lagi seolah olah masuk dan keluar negara. Satu sistem pengurusan yang berimejkan tersendiri.









Tiada ulasan: