LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE

LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE
FORESTERS HERE

Sabtu, 6 Mac 2010

MENGAPA AKU SUKA LATA JARUM

Sebenarnya minat aku pada hutan suatu ketika dulu tak ada langsung. Sebab apa, tak lain tak bukan tak ada ilmu mengenai hutan-hutan ni langsung. Oleh itu pentingnya ilmu untuk apa saja dalam kehidupan ini dari mula lahir lagi.

Setelah berpuluh tahun aku mengabdikan diri dalam Jabatan Perhutanan masih sikit sangat apa yang aku tahu tentang hutan kat negara aku sendiri.

Para cerdik pandai yang mengkaji dan menulis, buat buku, ceramah, seminar, bengkel dan sebagainya mengenai hutan kita yang kita nampak hari-hari untuk orang ramai masih tak mencukupi lagi untuk menyedarkan orang ramai atau pun rakyat Malaysia secara keseluruhannya betapa pentingnya sangat pemuliharaan hutan.

Yang paling sedihnya memang ada sebahagian besar warga Perhutanan itu sendiri. Pelbagai persepsi yang di hujahkan betapa pembalakan itu sangat penting bagi menjana ekonomi negara dan kepentingan kerjaya warga perhutanan. Kalau tak ada pembalakan maka warga perhutanan tak ada kerja lah.

Malangnya aku tak sependapat dengan rakan-rakan kerja ku. Maka mereka rasa aku tak sepatutnya menjadi warga perhutanan yang baik. Aku tak kata mereka silap dan tak kata pun betul. Aku amat faham mengapa kata-kata rakan ku sebegitu.

Sekian lama aku nantikan aku akan cuba melakukan sesuatu atas apa yang aku ketahui dari pendapat ku yang aku rasa tidak keseorangan.

Pelbagai fakta aku jumpai dan dicari saban hari melalui pelbagai dedahan bahwa potensi hutan bukan saja pembalakan boleh memberikan pulangan hasil yang besar. Malah banyak perkara lain lagi boleh memberi pulangan hasil berganda-ganda lagi dari pembalakan malah secara berpanjangan dari pembalakan.

Sedar atau tidak masih ramai rakan-rakan aku tidak sedar Jabatan Perhutanan masih berusaha terkial-kial untuk berealisasikan 12 pengelasan hutan. Jika semuanya menjadi kenyataan kelak, pembalakan mungkin akan dikurangkan atau di manimakan sama sekali.

Pada kajian sehingga akhir 1998 :-

Program pengurusan hutan mampan berkeluasan 12.74 juta hektar manakala 1.16 juta hektar dijadikan taman negara, perlindungan kehidupan liar dan hutan simpanan.

6.2 juta hektar dikhaskan bagi tujuan ekonomi negara dan sebarang kaedah pembalakan diharamkan sama sekali dalam kawasan yang tersebut.

Dalam pada masa itu satu garis panduan dilaksanakan pada pembalakan bagi kawasan yang dibenarkan hanya antara 7 hingga 12 pokok dari 500 batang pokok dalam satu hektar aje boleh di tebang.

Kebesaran pokok yang hanya boleh ditebang hendaklah dari keputusan bancian sebelum tebangan (Pre-F) bagi sesuatu kawasan pembalakan umpanya hanya 65 sentimeter perpang paras dada sahaja boleh tebang. Bawah had batas ukuran tersebut tak boleh tebang langsung. Inilah tokey balak pening kepala ni.

Apa pun banyak lagi peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa untuk di ikuti pembalakan masa kini. Oleh itu bila tokey balak dah pening, mulalah nak curi. Bila curi, masa ni, masuk talibisen.

Hutan juga terlalu banyak dengan pelbagai sumber berpotensi sebagai sumber ekonomi selain kayu balak.

15,000 tumbuhan berbunga, 300 mamalia, 700 burung, 300 reptilia, 165 amfibia, 300 ikan air tawar dan berjuta-juta serangga.
 (kajian UPM : Fakulti Perhutanan )

Bunga : jika kita mempunyai kepakaran mengadunkan pelbagai jenis bunga dan menghasilkan minyak    wangi yang baik boleh mendatangan pulangan ekonomi berjumlah berbillion dollar. Tokey Arab beli kat orang Malaysia kayu geharu buat minyak wangi boleh mendatangan pulangan yang banyak lebih pada minyak. Ramai orang tahu perkara ini.

1 ulasan:

Rahman, N.A. berkata...

Assalamualaikum.

Saya amat bersetuju dengan pandangan tuan. Saya juga kagum dengan pemikiran tuan mengenai pemuliharaan hutan yang berbeza dengan pihak lain yang berlatarbelakangkan Jabatan Perhutanan.

Hutan Simpan Ulu Dong juga bukan asing bagi saya. Saya pernah membantu rakan-rakan dari UKM membuat kajian plot ekologi di tiga kompartmen berbeza di sana pada akhir tahun 2007. Salah satu plot kajian tersebut berhampiran air terjun Lata Jarum. Saya tidak pasti jika saya pernah bertemu tuan ketika itu. Walau apa pun, salam perkenalan daripada saya.

Wassalam.