MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 3 Januari 2011

TAMAN FLORA GUNUNG CAMERON HIGHLANDS TERABAI

Taman flora gunung yang pertama di Semenanjung Malaysia diwujudkan di Parit Fall Cameron Highlands (ChIMP) dengan usahasama Jabatan Perhutanan Negeri Pahang dan FRIM bagi tujuan sebagai pusat konservasi flora gunung dari ancaman kepupusan.

Disamping itu juga dapat dimanfaatkan bagi keperluan eko-pelancongan, pendidikan alam sekitar, rekreasi serta sebagai pusat penyelidikan flora gunung.

Kawasan seluas 1.29 haktar dan terdiri dari 2 buah zon yang berada di paras ketinggian paras laut 1,420 m hingga 1,480 m. Terletak berhampiran Pejabat Hutan Kecil Cameron Highlands di Sg. Pauh.

Perancangan menubuhkan taman konservatori ini bermula pada tahun 2003 dan pelaksanaan taman dibuat pada 2007.

Sempena dengan kewujudan taman tersebut satu XPDC telah disempurnakan bagi bertujuan memperkenalkan taman konservatori tersebut pada penghujung tahun 2007 dengan nama XPDC Cameron Highlands.

Namun setelah dari XPDC tersebut hanya beberapa ketika penyelenggaraan dilakukan pihak jabatan perhutanan Cameron Highlands. Selepas itu diambil alih oleh kakitangan Unit Pembangunan Pahang Barat.

Kini setelah 3 tahun kewujudan taman tersebut dengan dilengkapi struktur asas tumbuhan spesies gunung dengan nilai hampir jutaan ringgit telah hampir terbiar. Terdapat kerosakan pada kaunter dengan cermin pecah serta tumbuhan yang dibawa dari pelbagai tanah tinggi yang ditanam telah banyak mati dan ditenggelami oleh semak samun.

Tiada ulasan: