MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Selasa, 8 Februari 2011

TAMAN FLORA GUNUNG PERTAMA MALAYSIA PERLU PERHATIAN SEGERA

 CHiMP Cameron Highlands Mountain Park di Parit Fall walau pun diberi perhatian oleh Jabatan Perhutanan setiap masa, namun taman flora yang pertama seumpama itu di negara ini memerlukan perhatian lebeh dari pembersihan yang sering dilakukan.

Semua tumbuhan-tumbuhan yang terdapat didalam kawasan taman tersebut dikutip dari kawasan tanah tinggi yang terdapat di Semenanjung Malaysia sahaja.

Sayang, projek yang bermula dari tahun 2003 dan dilaksanakan pada 2007 tidak dijaga dengan baik.
 Akibat vandalism cermin tingkap kaunter dikawasan taman flora gunung tersebut pecah dan rosak dan pembaikan perlu dilakukan segera.

Walau pun tiada kakitangan yang ditempatkan disitu, ramai pelancong tempatan dan luar ingin mengetahui dan melihat kawasan dalam taman tersebut.
Disebelah belakang kaunter taman ini juga turut dirosakkan oleh perbuatan vandalism.

Jika pembaikan tidak dilakukan segera dan tiada perhatian yang sewajarnya dapat dilakukan, mungkin kerosakan yang lebeh teruk lagi akan terus dilakukan oleh perbuatan vandalism.
 Pondok rehat yang terdapat dalam kawasan taman tersebut sangat selesa untuk bersantai untuk pengunjung yang berada disitu.

Dipercayai ada sebilangan pengunjung menceroboh masuk waktu malam dan bermalam disitu.
 Rumah orkid yang tersegam kosong tampa pengisian yang dirancangkan.

Jutaan ringgit telah dibelanjakan untuk pembinaan taman flora tersebut namun jika tidak diberi perhatian sewajarnya akan menenggelamkan taman ini dalam hutan semula.
Jika diberi perhatian dengan sewajarnya semula, diyakini taman ini boleh memberi mafaat pada orang ramai serta pelajar-pelajar dari pelbagai peringkat pengajian untuk pembelajaran dan penyelidikan pengkhususan tumbuhan tanah tinggi semenanjung malaysia.

Kini tumbuhan tumbuhan yang terdapat di taman tersebut banyak yang perlu dirawat disebabkan mati dan rosak akibat ditimpa ranting ranting pokok serta serangga perosak.

Tiada ulasan: