Semenjak diuruskan olih Jabatan Perhutanan Daera Raub dengan sepenuhnya bermula tahun 2008, Hutan Lipur Lata Jarum terus menambat hati orang ramai yang pelbagai status. Seperti matlamat dan objektif hutan lipur yang telah dibuat Jabatan Perhutanan untuk rekreasi, pembelajaran, penyelidikan, dan kembara bagi tujuan mencintai alam sekitar tidak putus saban masa dikunjungi dengan tujuan seperti tersebut. Pelbagai Universiti tempatan yang menghantar pelajar menjalankan penyelidikan mengikut bidang yang ditentukan tiada putus tiba silih berganti pelajar. Namun aku masih keseorangan untuk menanti dan melayan mengikut tanggungjawab pada jabatan dan tuntutan pengunjung. Alhamdulillah, tiada yang sukar jika semua pengunjung memberi kerjasama sepenuhnya dan mengikuti peraturan yang diberi jabatan perhutanan.
Masalah kerosakan infrastruktur Lata Jarum adalah biasa. Namun dengan langkah berjaga-jaga dan melaporkan pada pihak pengurusan pentadbiran untuk diambil tindakan sewajarnya sentiasa diambil. Paling mendukacitakan sangat adalah masalah vandalism yang tiada henti-henti paling memeningkan kepala. Kekadang persepsi timbul dengan gejala tersebut di Lata Jarum bahawa adakah perbuatan tersebut bermotifkan sakit hati atau khianat. Al-maklumlah semasa menjalankan tugas, ada ketikanya berkasar memberi teguran terutamanya pada bebudak yang merempit dan pelbagai kesalahan yang tidak mengikut peraturan. Sakit hati ada kemungkinan juga, mungkin disebabkan ada tempat yang berkurangan pengunjung disebabkan Lata Jarum.
Kemudahan yang ada untuk orang ramai seperti tandas umpamanya selalu mendatangkan masalah. Pelbagai masalah sering timbul dengan tandas awam seperti vandalism, membuang sesuatu dalam mangkuk tandas menyebabkan tersumbat teruk, air graviti sering tersumbat disebabkan air sungai sering pasang surut dan juga keruh dan jernih tidak menentu. Walau apa pun tanggungjawab tetap diteruskan setakat yang mampu untuk mengatasinya. Malah bukan tandas awam saja perlu dipantau, tapi tiga bangunan lagi perlu dipantau untuk memastikan kelancaran air bukit tersebut mengalir lancar untuk pengguna.
Perkembangan Rafflesia atau bunga pakma nampaknya semakin hendak terhenti populasinya. Pada awal tahun 2012 ini banyak bunga pakma berkembang dengan tiada hentinya saban minggu dan sudah tentu para pelajar tiada henti tiba untuk menjalankan kajian dalam bidangnya. Para pelancong tempatan dan luar pun sentiasa tiba dan bertanya untuk melihat dari dekat. Apa yang sukar dikawal adalah penduduk kampong yang selalu menceroboh masuk ke kawasan hutan kawasan bunga pakma untuk mengikuti perkembangan bunga pakma tersebut untuk membawa pelancong. Para pelancong atau pelajar seringkali datang waktu hari cuti am atau pun cuti sabtu ahad. Pada waktu ketika cuti tersebut kakitangan hutan lipur Lata Jarum seramai tiga orang ada ketika tiada bertugas Ini akan memudahkan penduduk kampong dan orang ramai melakukan sesuka hati mereka untuk pelbagai tujuan. Namun apa yang bolih dilakukan jika ramai yang tidak suka menghormati, suka melakukan kerosakan, menggangu ketenteraman orang ramai, membuang sampah merata-rata dan menceroboh kawasan-kawasan larangan yang telah ditentukan. Dan yang paling sedih ada pihak yang ingat bertugas di Hutan Lipur Lata Jarum tak buat kerja atau pun kerja paling mudah dalam dunia.
Spesies kura-kura ini telah ditemui kali kedua dikawasan pertumbuhan bunga pakma. Kali pertama spesies berada berhampiran tepi bunga pakma berkembang dan kali kedua ini pula lebeh kurang 20 meter saja dari bunga pakma berkembang. Apakah kaitan spesies ini kelihatan dengan bunga pakma berkembang. Untuk maklumat ini mengambil masa 4 tahun memerhatikan segala aktiviti yang berlaku pada bunga pakma dan persekitarannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan