LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE

LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE
FORESTERS HERE

Selasa, 19 Februari 2013

KENONG DARK CAVE


Taman Rimba Kenong merupakan salah satu kawasan yang popular bagi pencinta alam semulajadi. Segala kemudahan asas seperti chalet, surau, bekalan air/letrik, tandas, katil, tilam, bantal, cadar & selimut ada disediakan.

Aktiviti yang paling popular disini, menjelajah gua yang banyak terdapat di kawasan tersebut. Pemandu arah bolih didapati melalui Jabatan Perhutanan Daerah Lipis atau syarikat pelancongan yang ada di Kuala Lipis.

Aku sangat bertuah berpeluang dapat mengikuti pasukan pencinta gua dari Jepun yang diketuai olih Shinichi Menju dari Kyoto yang juga pengerusi persatuan penyelamat gua di daerah Kansai.

Hampir semua gua yang terdapat di kawasan tersebut telah kami geledah dan menjadikan satu pengalaman yang sangat menarik.




Tiada ulasan: