LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE

LATA JARUM THE NATURE ALWAYS THERE
FORESTERS HERE

Ahad, 2 Jun 2013

LAWATAN SEHARI KE BATU KAJANG KAMPUNG KUALA KENONG KUALA LIPIS

Jeti Tanjung Kiara Kuala Kenong

 Baru-baru ini aku berkesempatan mengikuti lawatan pegawai dari Kementerian Pelancongan Malaysia ke Kampung Kuala Kenong di iringi oleh En Hasan dari Tuah Travel & Tours serta penduduk kampung Kuala Kenong. Lawatan tersebut merupakan meninjau kawasan untuk dibangunkan sebagai tapak eko-Pelancongan disitu.


 Bot adalah satu-satunya alat pengangkutan yang digunakan penduduk Kampong tersebut melalui Sungai Kenong dan merentasi sungai Jelai. Namun begitu bukanlah tiada jalan darat untuk di ikuti sebagai jalan keluar masuk kesini, tapi agak jauh dan masih jalan tanah berlumpur.


 Sepanjang laluan ke Batu Kajang didapati tebing dikiri kanan sungai tersebut masih terpelihara dan masih asli. Oleh yang demikian, keaslian alam sekitar dikawasan ini sangat menarik untuk dilawati pelancong sebagai tanda ukur keaslian tebing sungai alam semulajadi.


 Sepanjang laluan ke tersebut didapati satu jambatan gantung yang sudah tidak digunakan lagi yang mana lantai jambatan tersebut telah habeh tangga, namun tali kabel yang asas utama jambatan tersebut masih kukuh kelihatan. Mungkin boleh dibaiki lagi dengan kos yang rendah.



 Mula memasuki lubang gua datang dari arah Kampung Kuala Kenong


 Mamasuki dalam gua satu pengalaman yang menarik buat pertama kalinya dengan menaiki bot dengan perasaan seram pun ada.



 Keluar dari mulut gua menuju batu hampar

 Dengan pengekalan biodiversiti dikiri kanan tebing sungai menghalang dari hakisan dan merubah ekologi kawasan tersebut.

 Melihat kesan ditebing sungai didapati kawasan ini mudah dinaiki air apa hujan lebat.

 Setelah keluar dari gua Batu Kajang dari Kampung Kuala Kenong menuju Batu Hampar




 Bukit Batu Kajang yang berpontensi sebagai kawasan flying fox dan dipuncaknya sangat menarik jika dibangun pelantar berskala besar untuk bersantai.

 Berdiri diatas batu hampar yang masih terpelihara dari pencemaran


 Berhampiran kawasan batu hampar terdapat satu pemandangan purba dulukala dengan ternakan kerbau yang begitu banyak. Menarik kalau kerbau ini dapat dijinakan sebagai tarikan pelancong kesini.

 Kedudukan rumah ini juga tidak jauh dari kawasan Batu Kajang dan Batu Hampar dan boleh dijadikan rumah inapan pelancong.


Tiada ulasan: