MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Rabu, 5 Oktober 2011

APA ERTINYANYA LAGI NAK JAGA LATA JARUM

Sekian lama aku ditugaskan disini dan setelah 4 tahun telah berlalu dengan begitu cepat sekali seperti saja baru beberapa hari.

Dari mula aku ditempatkan disini, semuanya berkeadaan seperti tempat tinggal hantu jembalang dan hantu maksiat.

Setahun aku bermula dengan berkeadaan begitu dan kemudian mula mendapat perhatian dari boss aku dengan apa yang telah aku cuba buat untuk pembangunan semula.
 Pada ketika itu, aku perlu memantau bukan saja Lata Jarum, malah di Hutan Lipur Bukit Fraser, Lata Berembun di Sg. Chalit, Lata Lembik di Ulu Sungai dan hingga ke Parit Fall Cameron Highlands.

Setiap kawasan tersebut adalah tumpuan orang ramai untuk melancong dan berekreasi yang berkeluasan lebeh kurang 8-10 ekar.

Aku cuma diberi pembantu (Pekerja Awam Khas) seramai 2 orang sahaja.

Rata-ratanya kurang berminat dengan tugasan di hutan lipur dan lebeh berminat berkerja di unit operasi.

Mengapa....??? tak payahlah orang lain nak tau.
Biarlah orang jabatan hutan aje yang tau masalahnya.

Hebatkan.....dengan cuma 3 orang nak "cover" 5 tempat dengan elaun yang terhad pulak tu. OT dan harian,"Elek"
 Setelah seberapa daya aku cuba menaikan Lata Jarum dengan dibantu 2 "brother" tersebut.

Alhamdulillah....perkara-perkara yang aku rasa perlu dilaksana telah dapat diadakan seperti papan tanda, sistem paip saliran air graviti, kemasukan semula bekalan eletrik, pembaikan semua bangunan yang ada dan peralatan kerja yang diperlukan seperti mesin rumput, mesin penyembur racun dan angin, penyapu dan lain-lain lagi.

Apa pun, jasa baik pihak UKM yang banyak membantu aku tidak dapat aku lupa hingga ke mati.

Aku bukan sejenis manusia yang lupakan jasa orang.
Biarlah orang lupakan jasa aku, itu tak mengapa.

Dengan kekuatan bantuan UKM,Lata Jarum didatangi Menteri Pelancongan yang juga ahli parlimen daerah Raub Datuk Seri Ng Yen Yen yang mana kedatangannya menghasilkan peruntukkan RM1 juta untuk menaik taraf Hutan Lipur Lata Jarum yang ada sekarang.

Pada bulan april 2010 selesailah sudah kerja-kerja naik taraf Lata Jarum dan cantik berserilah semula kawasan rekreasi tersebut dan pelancong-pelancong tempatan dan luar serta pelbagai program dari pelbagai institiusi pengajian tinggi saban masa diadakan di Lata Jarum.

Aku sungguh gembira dan bangga sebagai penjaga disitu bagi pihak jabatan dan sebagai anak watan di daerah Raub.

Walau bagaimana pun, bukanlah satu kerja yang mudah dan ringkas seperti cerita yang dipaparkan ini untuk melakukan kerja seperti itu kalau tiada semangat yang tinggi dan paling penting adalah minat yang mendalam untuk melaksanakan kerja. Ahaaa....ini nasihat akulah.

Oleh itu aku berani kata, kalau nak berjaya kamu mesti ada macam-macam seperti, nawaitu (niat kerana Allah s.w.t ),semangat, minat, berani, rajin bercakap (perkara yang fokuslah) jangan cakap meraban-raban dan seterusnya  jangan suka mengarah orang, kenalah buat sesama kalau orang buat kerja, buat laporan dan dihantar pada boss, kenal orang penting-penting dan semua masyarakat setempat, kenalah belajar perkara-perkara yang berkaitan kerja dan jangan malu nak belajar walau pun dengan bebudak muda.

Apa pun, kuncinya nak RAJIN.

Kini, selepas hari raya 2011, aku amatlah berasa marah, kecewa, geram, bosan, malas dan macam-macam perasaan disebabkan sikap segelintir budak-budak bermasalah serta penduduk kampung berdekatan yang merosakkan banyak kemudahan yang ada di Lata Jarum.

Lihatlah gambar yang aku paparkan ini dan banyak lagi dalam blog dan facebook aku telah paparkan betapa sikap mementingkan diri dan tidak menghormati orang lain sangat menebal.

Kini.....apa lagi nak buat, semuanya dah macam nak balik asal seperti aku mula ditempatkan disini.

Semuanya dah hampir dirosakkan dan apalah ertinya lagi nak jaga beria sangat Lata Jarum. Bila cakap ada yang marah-marah.....tak kiralah siapanya, JKKK ke, orang politik ke, orang kampung ke, mat rempit ke atau siapa saja......Ahhhhhhhh  biasalah tuuuu, bukan budak siniiiiii....buat apa nak kisah sangaaaattttt.....

Oleh yang demikian, mungkin aku nak kata....."LANTAKLAH DEME, HOKME RASA BETOI SANGAT....AMBIK LAAA BALIK....."

1 ulasan:

daud.montak.zakaria berkata...

....susah gak mengajar orang2 kampung ni kan, terutama orang tempatanckeor...yg muda dan tua sama jer...opst!