Pandangan negatif terhadap warga perhutanan telah lama berlaku. Mengapa dan kenapa dan dimana bermulanya jadi begitu. Namun tiada siapa sehingga ini olih warga perhutanan menafikan mau pun mengiyakan persepsi sebegitu. Sehingga kini masih ditafsirkan olih semua pihak bahawa warga perhutanan begitu mewah dan bergaya. Adakah benar sedemikian rupa ???
Bidang perhutanan di lihat bukan satu kerjaya yang popular seperti PDRM, BOMBA, TENTERA dan sebagainya. Tapi yang menjadikan ia popular disebabkan gaya segelintir warga perhutanan itu sendiri.
Apakah tiada warga dari agensi lain sedemikian rupa terutamanya dari kumpulan sokongan. Jawapannya sudah tentu ada dan saban masa didendangkan olih pelbagai media. Malah dari agensi yang dianggap berintegriti pun terdapat begitu.
Kerjaya sebagai ahli perhutanan sangat mencabar disebabkan melakukan kerja didalam hutan belantara yang ada ketikanya belum diterokai olih manusia. Keadaan geografi yang begitu mencabar serta habitat yang sangat merbahaya banyak terdapat didalam hutan yang bila-bila masa sahaja jika malang tak berbau mengakibatkan kehilangan nyawa. Bayangkanlah kalau ada sesuatu kawasan yang hendak melakukan tugasan terdapat banyak kumpulan gajah liar sedang berkeliaran atau kawasan yang terdapat ular yang sungguh berbisa.Itu adalah sebahagian ceritanya. Banyak lagi perkara-perkara yang menjadikan suatu cabaran didalam hutan. Itu belum lagi berkaitan hantu puaka yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
Masyarakat secara amnya suka melihat perkara-perkara yang bolih dilihat secara nyata seperti selalu dilihat dan disebut masyarakat seringkalinya mengenai warga perhutanan menjalankan kerja di balai pemeriksaan hutan dimana kerja-kerja ditempat tersebut mengutip cukai atau hasil hutan yang mana menjadi suatu hasil utama kerajaan negeri dan negara. Tahukah masyarakat bahawa warga perhutanan yang berbaju hijau tua itu telah mengutip cukai hinggakan ratusan jutaan ringgit malaysia dalam sesuatu tahun. Jika tidak yakin apa yang dinyatakan ini, bolihlah menghubungi bahagian kutipan hasil di ibu pejabat jabatan perhutanan negeri pahang.
Dalam sistem kutipan cukai hasil perhutanan masih lagi dilakukan secara manual walau pun negara sudah begitu maju dalam penggunaan komputer. Namun begitu adalah beberapa kerat telah menggunakan sistem komputer dalam sistem kutipan cukai hasil hutan seperti di Jerantut. Balai bergerak masih dalam perancangan. Tak taulah bila nak dilaksanakan untuk kemudahan warga perhutanan menjalankan tugas dengan agak selesa. Harapannya kemudahan dengan mewujudkan balai pemeriksaan bergerak dengan menggunakan kenderaan akan terlaksana dengan segera dan tidak secara langsung akan menjadikan satu kebajikan kakitangan perhutanan dalam melaksanakan tugas mengutip hasil melibatkan ratusan jutaan ringgit malaysia dan menghabiskan waktu kerja dari 8.00 pagi sehingga 6.00 petang dan bersekang mata apabila pulang ke rumah untuk menutup cukai hasil sehingga jam 3.00 pagi untuk meneruskan tugas ke esokan harinya.
Itu sebahagian sedikit cerita mengenai hal ehwal di balai pemeriksaan hutan. Bagaimana pula kisah warga perhutanan di hutan belantara pula. Nantilah, ada masa akan diceritakan lagi. Rajin-rajinlah jengguk di blog ini untuk mengetahuinya lagi. Kalau ada nak tanya, bolihlah nak tanya. Apa bolih dijawab, akan dijawab. Yang tak bolih tetap tak bolih. Haha....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan