MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Jumaat, 13 Ogos 2010

PEPATUNG LATA JARUM


Pepatung atau Dragonfly spesies yang tidak dipedulikan oleh sesiapa, penyelidik terdiri dari pelajar yang hendak menghabiskan ijazah, master atau Ph.D. Sementera penyelidik yang berkerjaya jika ekspidisi dan jika ada pembentangan kertas dimana-mana yang telah dimestikan. Kajian telah lama dilakukan dan banyak keputusan hasil penyelidikan tersebut telah lakukan. Dari tesis, kertaskerja, buku dan pelbagai lagi telah menceritakan segalanya. Bagi aku atau siapa saja selalu memikirkan secara tidak rasional apakah faedahnya dengan peruntukan yang begitu besar menyelidiki benda yang semacam ini.

Ya, memang orang ramai tak peduli sangat perkara yang sedemikian. Selidiklah apa nak selidik, aku peduli apa. Apakah begitu mindset kebanyakan orang ramai. Aku termasuk golongan itu.

Tiada siapa yang membangkitkan apa hasil penyelidikan yang dilakukan oleh para penyelidik di negara kita yang telah menghabiskan berjuta atau berbillion ringgit dan apa mafaatnya pada negara dan rakyatnya.

Tentu para cendiakawan yang diajukan soalan mempunyai jutaan ayat untuk menjawabnya. Namun dihati orang ramai tiada publisiti dari media berterusan mengenai cerdik pandai kita ada negatifnya. Tentu persepsinya penyelidik hanya pandai menghabiskan peruntukan aje dari menghasilkan sesuatu untuk faedah negara dan rakyatnya. 

Apa pun. pihak media jangan terlebeh popularkan artis aje. Persepsinya, kalau pandai menyanyi tak payah nak pening-pening belajar....mungkin ada begitu....olelh itu timbang-timbanglah sikit untuk popularkan penyelidik kita. Nak harap National Geographic malamlah hari....

Tiada ulasan: