MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Khamis, 12 Ogos 2010

WAJAH LATA JARUM


Ini bukanlah kali pertama pelacong dari Rusia singgah di Lata Jarum. Selalunya dibawa oleh pemandu pelancong tempatan yang bertauliah dengan Kementerian Pelancongan dan kebanyakannya tidak bertauliah. Jadinya, apabila yang dibawa oleh pemandu pelancongan yang tidak bertauliah ini, banyak maklumat yang tidak tepat diperolehi pelancong luar. Ada kalanya, pemandu pelancong yang tidak bertauliah terlampau kelentong sangat, umpamanya apa yang saya lihat dan dengar sendiri penerangan yang diberikan melalut lalut hinggakan aku nak mendengarnya berguling-guling suka. Ada ke patut pokok Mersawa yang berdiameter 65 cm perpang paras dada kat Lata Jarum tu yang terbesar di Asia Tenggara. Ada pula kata air sungai kat Lata Jarum tu yang tersejuk di dunia. Apa la gitu....aku dengar pun lari...malu...Cam mana pulak dia orang crita pasal binatang liar...agaknya tentu ada crita gajah pun ada kat situ...yang paling ngeri kalau pemandu pelancong ada cerita dinosaur pun ada kat Lata Jarum...lagi haru. Oleh yang demikian pegawai-pegawai kat Kementerian Pelancongan tengok-tengoklah sikit akan perkara ini. Kalau banyak sangat maklumat yang tak betul, sekali aje lah pelancong ni datang...Kebanyakan pelancong yang datang, apa yang pernah aku kenal bukan yang berkerjaya biasa. Profesor, saintis, Doktor, Jurutera, Diplomat dan pelbagai profesional lagi. Sekali sekala tu ada la yang biasa, itu pun student yang bercuti. Mana ada mat rempit sangat yang datang. Oh ya, kat negara luar mana ada mat rempit. Patut le kat Lata Jarum pelancong tercegang-cegang tengok mat rempit beraksi dan lintang pukang bila Polis datang memburu bersama anggota RELA. Ini pun satu hal kat mana-mana pusat rekreasi,..banyak mat rempit tunjuk aksi free...

Tiada ulasan: