MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT

MENCARI KEREDHAAN ALLAH SWT
Keindahan itu Ketenangan Jiwa

Isnin, 15 Julai 2013

RAFFLESIA MUNGKIN TIADA LAGI DI LATA JARUM

 Perkembangan terkini dikawasan populasi Rafflesia Lata Jarum begitu membimbangkan sekali disebabkan hanya satu petak sahaja lagi didapati tumbuhan ini berada.

Pada permulaan kajian yang dijalankan oleh pihak penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2002 hingga 2005 terdapat enam kawasan pertumbuhan spesies ini dan pada suatu ketika terdapat lebeh daripada 23 kudup bunga ini tumbuh dari kecil hingga yang hendak berkembang.

Selepas beberapa tahun kemudian daripada 2010 hingga 2012 pertumbuhannya semakin berkurang disebabkan juga beberapa perkara yang dilihat sendiri.

Pertamanya perumah bunga tersebut yang bergantung pada pokok didapati mati dan tumbang menghempap kawasan pertumbuhan yang ada.

Kedua ada kemungkinan terlalu ramai pelawat yang berkunjung yang tidak dikawal dengan sewajarnya seperti menyentuh, mengusik, memijak kawasan pertumbuhan yang berselirat dengan akar perumahannya serta merosakkan habitat persekitarannya.

Ketiganya keadaan cuaca yang semakin panas dan apabila kawasan pertumbuhannya sudah terbuka disebabkan pokok tumpangan perumahnya tumbang memungkinkan cuaca sejuk dikawasan tersebut semakin merosot seperti keadaan asal.

Saya merasa begitu yakin dengan tiga perkara tersebut mengakibatkan spesies bunga dikawasan tersebut semakin berkurangan sekali dan kini hanya tinggal dikawasan petak diatas sekali (petak 4 bagi pengiraan saya dan petak 6 bagi pengiraan penyelidik dari UKM -Allahyarham Prof. Kamaruddian Mat Salleh)

Gambar paparan disini adalah gambar 2009 yang pada ketika masih banyak sehinggakan pada setiap minggu sampai terdapat 2 hingga 3 biji berkembang.

Pada tahun ini sahaja 2013 baru ada 5 biji sahaja berkembang (Jan - Jun)

Ada kemungkinan, Rafflesia dikawasan Lata Jarum sudah pupus dan akan menjadi kenangan saja pada saya dan Lata Jarum.

Bagi kawasan populasi yang terdapat dipinggiran perkampungan Ulu Dong dari Pamah Kulat, Pamah Rawas dan Peruas didapati kawasan tersebut diterokai penduduk untuk kawasan pertanian. Sayang seribu kali sayang, bila suatu masa nanti baru hendak bertindak untuk pemeliharaan dan menyalahkan pelbagai pihak termasuklah saya agaknya.

Apakah itu memang mentaliti orang malaysia tak kiralah yang bijak, berkuasa, hebat dan menggong tak kesudahannya.

Bukan semua pihak tidak mengetahui perkara ini termasuk Kementerian Pelancongan sendiri.

Wallahualam.

Tiada ulasan: